mY Frenz

Isnin, 30 Mei 2011

Sokong barcelona tapiiiiiiii...



Tepat pukul 2 pagi sebelum perlawanan bermula antara barcelona dengan mu aku sudah berada di kedai mamak dengan kawan-kawan,Masing-masing sudah  memilih pasukan pilihan mereka.Kebanyakkan mereka nie memamg penyokong tegar barcelona termasuk aku..hehe..Meriah kedai mamak tue,rasa macam kat stadium pun ada..heheh.Borak punya borak tak sedar game dah nak mula.Keadaan diam seketika sebelum wisel permulaan dibunyikan entah sebab apa aku pun tak tau..Selepas tue riuh rendah dibuatnya kedai mamak nie dengan penyokong masing-masing..

Awal game mu control bola punya la cuak,Lebih kurang dalam 10 minit lepas tue barcelona control pula. time tue aku rasa pemain mu terkena bola kat tangan dalam kotak penalti .punya la tak puas hati penyokong barcelona kutuk pengadil..Macam la pengadil tue dengar..hahaha..Tapi aku tumpang sekaki kutuk pengadil tue..Adat la tue kan.huhu.. Tak lama lepas tue barcelona jaringkan gol pendahulu, kalau tak salah pedrov nama penjaring gol tue, Lonjak sakan aku dari kerusi tanda gembira yang tak terucap..Penyokong mu senyap tak terkata..hehe..puasss aku..puasss..hahaha..

Tak sampai 10 minit Roney Jaringkan gol penyamaan..Tersentak ulu hati aku Roney jaring gol..Nasib sangat je tak ada lemah jantung..Geram aku tengok penyokong mu nie..Yang kawan-kawan aku ushar lain macam je kat aku.Tamat separuh masa member aku tanya "we hang sokong geng mana??".. "Barcelona awat..??".
"awat hang pakai baju mu hang geng lalang nie..hahaha.."..Aku pun tengok baju.. Ya ALLAH.. Memang tak sedar baju mu yang aku pakai.. naik merah sembam muka aku..hehe..Mujur kawan aku bawa sweter,bolehla aku pakai..Harap-harap tak ramai yang perasan time tue..Teruk juga la aku kena 'bahan' hehe.. Memamg rasa macam nak bakar je baju tue,macam mana aku boleh tersilap pakai,.macam mana aku boleh tak perasan,padahal dua tiga kali aku tengok cermin sebelum pi tengok bola..kenapa depa tak tanya soalan tue awal-awal..hehehe.. Keputusan malam tue barcelona menang besar 3-1..




. Read More..

Kawan lupa kawan

Tak ramai kawan-kawan yang sangup kongsi masalah bersama apabila kita dalam kesusahan,tapi kita akan dapat ramai kawan apabila kita senang.Apabila kita dalam kesusahan ada-ada saja kerja yang mereka ada waktu tue,memang susah nak minta pertolongan.Kalau nak diikutkan taknak minta tolong dengan kawan-kawan.Tapi bila fikir kita selalu tolong apa salahnya kalau minta tolong kawan-kawan kejapkan. Antara alasan yang kawan-kawan kita selalu bagi apabila minta pertolongan seperti di bawah.. hehehe cewahh..:-)

  • Waktu tayar moto pancit atau sebagainya tengah-tengah malam-Depa (diaorang) selalu cakap Tak ada transport nak pi,dengan alasan moto rodtax habis,tayar pecah,moto atau kereta adik guna,minyak habis,dan ada yang tak jawab pangilan telefon walaupun kita tahu depa nie mata kawaq (berjaga malam),dan banyak lagi alasan yang depa nie bagi.tue salah satu tanda depa taknak tolong kita.

  • Waktu kita poket kering-Selalu kawan-kawan kita akan cakap duit takada,Nak guna duit banyak bulan nie,mak di kampung mintak duit,"aku pun tengah sesak nie", tue antara sebahagian jawapan-jawapan yang depa taknak bantu walaupun sebelum nie kita tolong kawan kita yang tengah sesak nie.Depa sangup tengok kita ikat perut berhari-hari, tapi kita mungkin takkan sangup tengok depa ikat perut sampai tak makan berhari-hari.

  • Bila nak pinjam kereta-Walaupun kita ada kereta sendiri tapi kadang-kadang mungkin rodtax terlambat bayar jadi kita pun nak pinjam kereta kat kawan-kawan kita kadang-kadang mungkin menghantar adik ke tempat pengajian atau sebagainya,antara alasan yang kawan kita bagi antaranya : Kereta aku problem,Tak bagitau awal-awal adik aku nak pakai,kereta aku tak boleh jalan jauh,Tayar dah botak,kereta aku 3 bulan tak bayar takut kena tarik.

  • Bila nak minta tolong hantar resume-Mungkin tempat kerja dengan rumah kita jauh yang mengambil masa berjam untuk sampai, jadi kita minta tolong kawan hantarkan resume alang-alang dia kerja disitu, antara alasan yang depa taknak tolong :Takpa bawak mai ar resume hang (bercakap mata pandang lain dengan nada tinggi),Aku dengan bos aku tak berapa ngam,mana ada masa nak hantaq,Tempat aku dah penuh,Tempat aku tak amik budak fresh,dan banyak lagi ayat-ayat yang depa taknak tolong kita dengan iklas.

Ada banyak lagi jenis yang kawan lupa kawan..Walaupun kita pernah tolong depa sekali,2,3 atau seribu kali pun belum tentu depa akan menolong kita apabila kita susah.Time mintak tolong mulut manis semacam jer ,..Tapi tak semua kawan-kawan kita macam tue betul kan..:-).Oke setakat ini dahulu.. :-)
. Read More..

Jumaat, 27 Mei 2011

Petai terbesar

Setahu aku petai biasa besarnya lebih kurang dua jari macam tue la panjangnya pula dalam dua jengkal setengah  lebih kurang.. tapi petai nie punya la besaq..Kalu makan bau sekampung aku rasa..hahaha..




Petai terbesar

hak3..tak dapat nak bayang sapa yang makan nanti bau nya macam mana..Rasanya lagi power dari petai yang biasa kott..Lepas makan time belahak mesti power punya bau dia..haha.. Tue takpa lagi.. cuba bayangkan time kentut..hak3..hak3..hak3..
. Read More..

Khamis, 26 Mei 2011

Contoh Soalan-soalan Temuduga berserta jawapan

  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang di dalam syarikat ini?

Jadi bos.
  1. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
Sebab 5 tahun akan datang saya akan jadi bos.
  1. Cerita sedikit tentang diri anda.Apakah yang dapat memotivasikan anda?
Tuan boleh tengok di resume saya.
  1. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
        Tuan baca la resume saya.semua saya dah tulis kat situ.

  1. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
Yang ini juga tuan boleh tengok dalam resume saya.
  1. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
        Saya boleh berikan kitchen sebagai sumbangan untuk syarikat anda.
        (jawab dengan yakin)             
  1. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
Saya belum bekerja,saya tidak tahu status hubungan mereka sama-ada sudah berkahwin atau masih di alam percintaan. (jawab dengan tenang)
  1. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
Saya malu dengan wanita.(Beritahu dengan jujur tentang diri anda)
  1. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
Ha,a boleh.

  1. Mengapakah patut kami memilih anda?
Soalan lain tuan. (minta soalan lain jika anda tidak berminat dengan soalan yang ditanya)
  1. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
Kepala terhantuk didinding tandas rumah sewa.(cakap dengan jujur kerana penemuduga mahu melihat kejujuran anda)
  1. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
Gaji,rehat,cuti
  1. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda?
Matlamat jangka masa panjang saya akan menjadi bos disini,matlamat jangka pendek saya akan berkahwin setelah mendapat kerja ini.
  1. Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
Goda anak perempuan  bos.
  1. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
Duit.
  1. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
Tidak tahu tuan. (berikan jawapan ‘tidak tahu’ jika anda tidak pasti dengan soalan itu,kemudian lemparkanlah senyuman kepada penemuduga)
  1. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
          Dalam resume ada saya tulis tuan. (setelah selesai salam dengan penemuduga serta 
          lemparkanlah senyuman anda).


   
*Jangan amik seyes apa yang aku tulis nie..hehe.

Read More..

Rabu, 25 Mei 2011

Dari mana datangnya bau taik kucing itu



Ceritanya bermula di sebuah sekolah rendah di utara Negara kita.Tempat dan nama sekolah itu  perlu dirasiakan bagi mengelakkan aib kepada sekolah  dan juga kepada  si mangsa kejadian.Cukuplah saya katakan sebuah sekolah di utara Negara kita.Seperti biasa waktu persekolahan bermula jam 7.45am maka semua pelajar pun menuju ke kelas masing-masing,Tepat jam 8.00am para guru pun masuk ke kelas.

 Diteruskan cerita atau senang cerita para guru sibuk mengajar dan para murid-muridnya tekun mendengar serta mencatit apa yang diajar si guru .Dalam keadaan yang sunyi sepi itu tiba-tiba muncul suara yang berbunyi seperti ini ‘issshkk bau taik kucing arr’, Keadaan yang tadinya sunyi kini menjadi riuh rendah,masing melihat dibawah meja takut-takut taik kucing itu berada di bawah meja,Tidak cukup dengan itu ada yang melihat pakaian masing-masing dan ada juga yang melihat di bawah tapak kasut serta ada yang mencari dari mana datangnya bau itu,termasuk mengesan di koridor serta kaki lima bilik darjah.





Kucing aku sebagai gambar hiasan

    Puas mereka cari tapi tidak diketemui,Lalu dengan serentak murid-murid ini memandang kearah guru mereka,.Dalam keadaan yang penuh syak wasangka dan curiga,   murid yang tadinya mengeluh bau taik kini mengeluh lagi,disuruhnya guru itu memeriksa pakaian. “cikgu chek baju cikgu tengok”dalam ‘loghat utara’,Berkata tanpa segan silu.  Eloklah aku letakkan namanya sebagai ‘Mat’bukan nama sebenar.
  Guru yang tadinya diam memerhatikan pelajarnya  mula membelek-belek kasut serta pakaiannya termasuklah di bawah meja .Mana tahu kalau-kalau bau taik itu datangnya dari beliau ini.Namun Sangkaan Murid ini atau lebih dikenali sebagai mat meleset sama sekali. Tiada Taik dari guru itu.. Namun Bau nya semakin lama semakin kuat.. Ada murid-murid lain keluar dari kelas kerana tidak tahan dengan bau itu.


 Disebabkan itu maka si guru ini pun membuat keputusan drastik belajar di kantin agar pembelajaran tidak tergangu.Di kantin ada beberapa kelas sedang membuat raptai dalam erti kata lain memang ramai orang.Maka tak terajar lah murid-murid ini.Dalam keramaian murid-murid itu ada suara berbunyi “bau taik kucing mai dari mana nie..??”berkata murid itu dengan penuh tanda tanya.Terdengar kata-kata itu si Mat pun menyampuk dengan berkata “La bau lagi..Nie mesti bawa taik kucing dari rumah”katanya dalam nada keras.
Selepas kata-kata itu sekali lagi semua pelajar melihat pakaian masing-masing,kali ini mereka perhati betul-betul pakaian,kasut serta keadaan di sekitar mereka.Tidak cukup dengan itu pelajar-pelajar yang membuat raptai tadi termasuk guru mereka juga membuat pemeriksaan rapi terhadap pakaian masing.(Bayangkan  sekejap  suasana ketika itu..).Namun masih tidak diketemui di mana datangnya bau dan dimana datangnya taik kucing itu.


Kucing aku sebagai gambar hiasan




Manakala si mat  asyik mengubah tempat duduk,setiap kali dia mengubah tempat, mulutnya terkebil-kebil seperti mengatakan sesuatu,Tiada siapa tahu apa yang diperkatakannya mungkin tidak senang dengan bau itu.Tidak lama selepas itu   ada seorang wanita yang juga sekelas dengan si mat memanggil.. “Matt..mattt.. mai cini.. kat cini tak bau”.Tanpa berlengah mat bergegas pergi duduk di situ,Mereka duduk bersebelahan dikelilingi rakan yang lain.Berselang 5 minit kemudian mulut si mat berkebil-kebil lagi. “hang cakap pa tue mat”Kata wanita tadi. “bau lagi la we” balas mat. “we mat kat seluaq hang tue apa we” Tanya wanita  itu.
Mat pun memeriksa seluar serta memerhatikan satu cebisan lembik di seluarnya yang sebelum ini dia tidak perasan tentang kewujudan cebisan itu.
Bila diperhatikan dari jarak dekat serta mencium baunya baru mat sedar yang bau taik kucing ini sebenarnya datang darinya.Terkejut dengan itu mat cuba mengubah tempat ,dalam keadaan tergesa-gesa kaki mat tersentuh pakaian  wanita tadi lalu terkena cebisan taik itu.Riuh rendah apabila wanita itu menyedari bahawa cebisan di pakaian mat tadi adalah taik(bayangkan sendiri keadaannya).Punca datangnya bau dan taik itu pun terungkai .Kerana malu mat tidak hadir ke sekolah selama seminggu  selepas kejadian itu..sekian.. :-)  
 
*time aku tulis cerita nie tadi da petani tomyam kedai sebelah mai tengok.pastue tersengeh sorang-sorang.heran betoi.
Read More..

Selasa, 24 Mei 2011

Do'aku Untuk Pejuang Patani!

Do'aku Untuk Pejuang Patani!



Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang sedang berjuang di Patani dan di semua tempat.

Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.

Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah, tolonglah kaum muslimin di Patani dan semua tempat.

Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan eratkanlah hubungan mereka.

Ya Allah, binasakanlah penjajah Kafir Siam dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah, Hancurkanlah penjajah Kafir Siam di bumi Patani dan memerdekakanlah bumi Patani Darussalam dengan segera. Amiin. Ya rabbal aalamin..!



Petikan dari-Ummahpatani.blogspot.com

Sekali-sekala buat serius sikit..:-)
Read More..

Isnin, 23 Mei 2011

Belajar bercakap bahasa utara

Toyu - kicap

Ligan - kejar

Depa - mereka

Sat-tunggu sekejap

Hang-kamu

Qhempuh-rempuh

Jenuh-penat

Semegheyong - riuh rendah

Hingaq-bising

Nundia -tu dia (dalam keadaan jauh)

Tu dien - tu dia…

Nahaihhh = nahas = tudiaa… (selalu diguna oleh wayang kulit sri asun)

Segheyau - bimbang

Mao kalao kata = kalau nak ikut

Merela - gatai

Mereben - merapu

Ghetiaq - ikhtiar

Kelepiaq - tampar

Panggu - Bahagian

Ghabat - panjat

Awat - kenapa

Loqlaq - kotor/pengotor

Gheban - runtuh

Ayaq - air

Marka - hot chicks!

Pungkoq - bontot

Besaq - besar

Keh pa - kenapa

Jakun@ciwi - perak

Baloq - malas

Baloq liat - tersangat malas

Cemuih - benci

Panaih - panas

Tenggalong - baling

Waya kot - gila kot

 Lekaih - lekas @cepat

a - air (kat belah ulu2 kedah)

Mengkala - bila

Koliaq - conteng

Contiang - conteng

Tongkoi - kayu atau sesuatu benda yang lain seperti besi

Badek - sepak

Law ayam - reban ayam

Cek - saya .

Ragaih - panjat

Tuju - baling

Pancuq ayaq - shower / paip air

Bodek - mengampu

Moktan - rambutan

Gerek - basikal

Gelema - kahak

Belehaq - sedawa

Mengeruh - berdengkur

Nyeh / sreh hingus - perbuatan membuang hingus dr hdg

Cemerkap - kerja yg x senonoh / x cemerlang

Ayaq singkat - air cetek

Belemoih - comot

Belengaih - melekit

Sighu - tunjuk best aa

Lohoq - zohor

Carok - anak sungai

Ceghok - pendalaman

Takdan - Taksabar

Sabaq - sabar

boh - letak

Bodoh piang - tersangat2la bodoh

Kelam - gelap

Besiaq - kuat kencing

Kerap - selalu

Jangkat - singkat

Hambat - halau,kejar

Mengai - memancing

Lapaq ayaq - dahaga

Melilau - merayau

Sergum - rambut serabut

Sayup - lambat(versi perlis)

Seluloi - selalu

Kelolo - bergurau secara tak senonoh

Leghah - daerah,kawasan

Tang tu - disitu

Manala - mana hala

Nindia - ini dia

Pasembot - pasembor

Cok pisang - goreng pisang

Teghbei - lastik

Mengkala - bila

Manggih - manggis

Kupang - sen (tetapi, 1 kupang xbersamaan 1 sen 1kupang @ sekupang bersamaan 10 sen)

Keleboq - lubang kat sawah

Tonyoh/ tenyeh - tekan sthg ngan kuat kat permukaan

Terajang-sepak kuat ngan kaki

Serawa lenggak- dok goyang kaki

Ghebaih - pukul

Galak- gatal

Teriak/ghiau - nangis

Sembet- muka tembam tak hingat2

Tembun-gemuk

Terebit-keluar

Merepet meraban - merapu

Parit gila - alur air kecik kat belakang rumah

Sakan - pulun gila

Awat/pasai pa- kenapa

Lagu tu - macam tu

Dan la aih - sempat lagi ni

Hangat - panas

Awat - apa

Cabai - cili

Cibai - Perkataan untuk memaki seseorang

Awat lagu tu? - kenapa macam tu?

Mamu - mamak

Pi - pergi

Besaq - besar

Loklaq - tak senonoh

Gebang - tipu/sembang

Corak - simbah

Mai - mari/jom

Ketegaq - degil/keras kepala

Tidoq - tidur

Cekang - gempak/dasyat

Kia - takut/cuak

Kenen - perli

Peghelai - Meleraikan sesuatu contohnya kompenen enjin

Baguih gila - amat bagus sekali

Tembun - montel / berisi

Sengap - diam

Sangap - ketagih

Ayaq nyoq - air kelapa

Cayaq - cair

Tawaq hebiaq - tawar betul

Maneh ting - sangat manis

Peit berdegung - pahit betul

hannyiaq - hanyir

Tubik - keluarkan

Jhoqra - lebih-lebih

Telaga - perigi

Kasut - semua jenis selipar & kasut

Ghoti - semua jenis biskut & roti

Amra/mera - kedondong

Cebok - gayung

Timba - baldi

Cerok - simbah/tempat yg jauh kat pedalaman

Tempeh - tempias

Camca - semua jenis sudu & camca

Can - awek (loghat belah alor setaq)

Pelam - mangga

Bau hagching - bau busuk kencing

La - sekarang

Nat - pasar tani/pekan sehari

Kapok - dakap/peluk

Katok - pukul

Tak dan dan - tak sabar (ayat contoh: hang ni tak dan dan, kalut mana.. sabaq sat satgi kita pi la )

Tak dan - tak smpat (ayat contoh: tak dan aku isi borang tarikh dah tutup )

Mulut hebiaq - byk cakap (tak sayang mulut la tu)

Celuih - muat

Cemuih - bosan

Keloi - panggil

Kelih - tengok

Tengalong - baling dgn sesuatu

Punggai - cabut buang, pulas buang (ayat contoh : aku punggai kepala hangpa nanti aih)

Ghengau/cakaq - cakar

Dendam - rindu giler (ayat contoh : mana pi lama tak jumpak? dendam sangat aih)

Ghuih - haus (tapak kasut)

Ghuruih api - mancis

Jom la - tepi sikit,jgn block jalan aku,mengajak seseorang

Lekaih - lekas/cepat sikit

Pongoih - baran

Ikut Dan - ikut suka,tak kira siapa (ayat contoh: Meah tu "ikut dan" dia ja nak cakap)
Read More..

Ahad, 22 Mei 2011

Cara-cara isi Borang kerja dengan betul

Assalamualaikum..Seperti mana kita tahu cara-cara isi borang kerja memainkan peranan besar untuk mendapatkan kerja.Dibawah adalah salah satu contoh serta cara yang baik untuk mengisi borang kerja anda.


Name: Ah Boy
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City : Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

Semoga anda memahami dan juga mendapat kerja yang baru.. Hehehe..

Read More..

Jumaat, 20 Mei 2011

KeJa Sendiri @ KeJa TeTaP (1)

Assalamualaikum..apa khabar kawan-kawan. :-).. Ampa dah tahu kan macam mana keja capkang..?? teruk kan..walaupun pun cerita tue tak habis ampa mesti terbayang betapa teruknya keja capkang...hehe.. Selepas keja capkang aku penah keja shell kemudian aku keja tanam rumput padang bola kat istana pastue keja cuci lantai kat makamah 'jalan suka menanti'..Banyak lagi keja yang aku buat tapi yang nie je sedang bermain kat kepala..Kira nie la antara keja-keja yang aku buat sambil isi borang sambung lajar time tue..Arie nie aku nak kongsi pengalaman keja sebagai pencuci lantai di Makamah 'jalan suka menanti alor setar'.Masa tue makamah hampir siap dibina,jadi tugas kami membersihkan lantai tue sampai bersih..Nampak cam senang jer kan keja nie..??
  Oke aku teruskan cerita,, Diwaktu arie pertama bekerja aku tak ada masalah sangat,yela mop lantai je..Kalau letih, aku mop lantai sambil sebut duit.duitt ,,duitttt,,duit,,duitt,,dalam atie pun menyebut
duit.duitt ,,duitttt,,duit,,duitt,,sehingga atie kecil pun menyebut duit.duitt ,,duitttt,,duit,,duitt,, di fikiran aku set kan background beratus-ratus duit RM50 terbang mai kat aku...hahaha.. jadi tak ada masalah sangat bagi aku untuk bekerja..
  Dah siap cuci lantai bos arahkan kami cuci di bilik perbicaraan..Keadaan bilik tue gelap,Mungkin sebab tirai dia hitam aku rasa..Pendapat ampa tak tau la mungkin bilik tue kelam oleh kerana lantainya yang bewarna hijau atau sebagainya..itu terpulang pada pendapat masing-masing..Di teruskan cerita aku pun mencuci dan terus mencuci manakala member-member aku mencuci di bahagian masing-masing,,Tapi yang anehnya aku mencuci bahagian yang sama walaupun aku telah mencuci dengan bersih,,Bila dah siap je nak cuci tempat lain pusing-pusing tempat yang sama jugak aku cuci..Heran kan..??? aku pun heran jugak time tue.. Balik rumah aku demam seminggu,,hehehe..
   Lepas demam terus aku pergi keja,arie tue bos arahkan mencuci di bahagian 'tahanan' . Bahagian nie untuk kurungan sementara orang yang didakwa kalau tak silap aku..Bilik nie pun gelap jugak tapi tak la seram,,cuma seriau sikit je tengok bilik berpagar tue..Nak dijadikan cerita aku terpijak sesuatu benda..Ia seperti ketulan tapi lembut.. aku tengok dari dekat.. Alangkah terkejutnyaaaa... tengok gambar dibawah...


Gambar hiasan (Bayangkan taik manusia)
taikkk manusia yang aku pijak..Siap meleleh lagi kat kasut..ieeeeeeeeeee.. hahahaha.. bila disuluh dalam bilik tue setiap penjuru ada taik,Mana aku tau dalam bilik tue ada taik manusia jadi tak suluh la sebelum aku cuci..

Apa yang aku fikir time tue hanya nak sambung lajar je..
Tapi result aku tak o.k..hmmm.. Read More..

Sabtu, 14 Mei 2011

KeJa Sendiri @ KeJa TeTaP

   Pening pikir sal keja.. Minta keja sana isi borang sini masih tak dapat keja.. Kawan-kawan aku SPM je tapi keja punya la hebat.. Heran juga aku.. Pape pun kita kena pikir positif sebab tue rezeki diorang..Betoi tak..??
ada sorang member cakap kata aku memilih keja..Bukan memilih dah tempat keja tue tak ada surau tak ada ruangan khas untuk solat takkan nak keja situ kotttt!!! agak-agak ar kan..??? lepas tue diorang cakap lak tue bukan alasan tak keja kat mana-mana pun boleh solat..Hmm senang je diorang cakap kan.??? memang kat mana-mana boleh solat tapi lagi bagus kalau ada tempat khas bersolat untuk pekerja..takla terkejar sana sini time rehat.Barulah rehat boleh digunakan sebaik-baiknya..hehe.

Lepas SPM sementara tunggu result aku penah jadi capkang..
lebih kurang macam kat bawah nie la keja dia:
Gambar Hiasan

 Keja capkang level dia paling bawah di tempat pembinaan mana-mana pekerja boleh pangil kita untuk membantu diorang termasuk orang indon..Sedih gila aku time tue..

 Selang seminggu lepas tue:


Gambar Hiasan
 Korang tengok gambar kat atas kemudian bayangkan dalam seminggu aku boleh jadi macam tue (atas tue gambar hiasan bukan aku..hehe),, Memang teruk keja capkang.. Memang kalau boleh aku taknak dah keja capkang nie.. Patut la time tue orang pangil aku muka capkang..hehhee


Read More..

Sabtu, 7 Mei 2011

Mohamad "saja"

 Salam semua.. :-) .. x buleh tido la pula pagi-pagi buta nie... puas bergolek kiri kanan atas katil bermacam gaya yang aku buat tetap x buleh tido.Org mcm aku nie memg susah nak tido atas katil. kalau atas toto senang la pula aku tido..letak kepala dalam 2 3 minit terus terlena..hak3. disebabkan toto kesayangan aku di kedai dobi terpaksalah aku memaksa diri aku nie tido atas katil..hahaha.. Oleh kerana dah pelbagai altenatif yg aku guna tapi masih tetap x buleh tido aku amik keputusan yang amat drastik untuk menulis apa yg ampa semua akan baca nie..hehhee..

             Pada 08/08/1988 tepat pukul 8 di bilik hospital no 8 dan di katil yang tertera no 8 lahirlah  baby yang putih gebu (berdasarkan apa yang dicakap mak dia).. lepas baby yang putih gebu tue dipotong tali pusat , diazan dan sebagainya dibuat kepada beliau maka ada satu masalah tentang meletakkan nama kepada baby nie.. hah masalah.??? yela mak dia sangka baby popuan tapi lahir baby lelaki..baju baby popuan dah beli nak x nak baby tue kena pakai. walau macam mana pun mak dia tetap bersyukur kerana baby tue tetap baby.. Ntah pape yang aku melalot nie..haha..



                             *******************************************
  Selang sejam kemudian Mak baby nie pun meletakan nama kepada baby nie.. kepada muhamad..
Maka selepas beberapa arie si mak baby nie pergi ke pejabat pendaftaran untuk membuat surat beranak.(Mak dia pergi sorang-sorang ).

Situasi: Keadaan lengang..
Tempat: Pejabat pendaftaran Negara

Mak Baby : Cik saya nak buat surat beranak untuk anak saya..(Suara Yg agak lemah)
Orang Pendaftaran : (Muka senyum terpaksa) Oke .. Nama anak Puan..??
Mak Baby : Muhamad ..  baru dua arie dia lahir 08/08/1988 katil no 8 blik no 8.

Disebabkan zaman tue xramai yang pandai baca rumi maka mak baby nie serahkan kepada pekerja tue 100% untuk isiborang tue.

Orang Pendaftaran :Muhamad apa puan..??
Mak Baby : muhamad saja cik.. (sambil memandang bayi)
Orang Pendaftaran : btoi ke "muhamad saja" puan..? (kehairanan)
Mak Baby : ye cik "muhamad" Saja.. (tersenyum)
Orang Pendaftaran : Bin..? (Buat muka Pahit)
Mak Baby: Mustafar.. *Bukan nama Sebenar.
Orang Pendaftaran : oke puan..surat beranak puan kami akan pos  dalam masa seminggu..
Mak Baby: terima kasih cik.
Orang Pendaftaran :Sama-sama.
Tidak sampai seminggu surat beranak baby tuee pun sampai.. Si ibu memuji pekerja itu kerana cepat melakukan kerja. Namun sebaik Saja membuka sampul mak baby tue mula memaki hamun pekerja itu.
 fakkkkkkkkkkkkkkkk!!! "kata siibu.

Kerana yang tertera di surat beranak tue Nama si baby = "Muhamad Saja" bin Mustafar  
                            
                                                                     **********

video

 Oke la nak tido dulu.. Sowry kalu terlebeh merapu .. :-) .. Layan dulu video nie.. Muhamad saja ada di dalam nie. Ampa cri sendiri la yang mana satu.. Video nie bukan aku yang buat..kalau ada bahasa yang kurang enak harap diabaikan.. :-) Read More..