mY Frenz

Selasa, 18 Oktober 2011

Bahan Air Ketum Di Pasaran Gelap

Assalamualaikum.. :-)

 Sebelum bermula, Entry ini adalah sambungan dari "Apa itu air ketum " Pada entry ini saya  akan cerita serba sedikit bahan-bahan yang digunakan untuk merebus air ini di pasaran gelap.

"Mungkin ada yang tertanya bagaimana saya tahu bahan-bahan yang terdapat di dalam air ketum itu..??"
Jawapannya;-Saya tanya sendiri kepada perebus air ketum itu.. :-)

 "Kenapa saya menulis entry sebegini..??"
Jawapannya:-Kerana tidak mahu lebih ramai lagi yang terjebak dengan meminum air ketum ini.

 Untuk pengetahuan anda air ketum yang direbus tanpa mencampur bendasing warnanya seperti 'teh bunga',Bukan seperti air tebu yang selalu kita lihat.

Dibawah antara bahan-bahan yang digunakan,

  • Daun ketum
  • Air
  • Ubat nyamuk
Gambar Hiasan
    
*Tidak dapat dipastikan tujuan meletakkan ubat nyamuk ke dalam air itu.Tapi setahu saya ini benda wajib

  • Ubat gegat
Gambar Hiasan



Mengikut apa yang diceritakan,Tujuan meletakkan ubat gegat adalah untuk mengkhayalkan si peminum dengan lebih lama. Sama ada kenyataan ini benar atau tidak itu tidak dapat dipastikan :-)


  • Akar seruntun
Gambar Hiasan



Akar seruntun ini seperti perisa,Tujuannya jika air yang di rebus itu kurang pahit maka air dari akar seruntun ini akan dicampurkan.



  • Akar atau buah pinang
Gambar Hiasan


Tujuannya menambah daya khayal kepada peminum.


 Inilah serba sedikit hasil yang saya perolehi daripada kaji selidik kepada perebus ketum.
entry seterusnya saya akan ceritakan bagaimana cara untuk berhenti dari minum air ketum ini.
bagi siapa yang belum membaca entry sebelum ini sila klik Disini

Macam mana masih mahu minum lagi..?? Read More..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Apa itu Air Ketum

Assalamualaikum.

 Ampa tau tak apa itu ketum..?? Mungkin ada yang dah tau dan ada juga yang tidak tau kan..??
Selain ketum nama lainnya adalah "Biak".. Air ketum nie dihasilkan dengan cara merebus daun pada pokok ketum ini. Dalam bahasa English pokok nie dinamakan "Kratom".Pokok nie kebanyakkan terdapat di afrika,Utara dan tengah semenanjung serta di selatan thailand.Di Thailand pokok nie dinamakan Kakuan,Lthang,Dan juga Thom. Nama saintifik bagi pokok ini adalah Mitragyna speciosa korth.

Gambar Hiasan :- Daun Ketum

 Daun ketum ini sebenarnya digunakan oleh orang tua zaman dahulu sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin,Ia juga digunakan sebagai rawatan membuang angin dalam badan serta rawatan sakit belakang,Selain itu ia juga digunakan untuk melegakan Cirit-birit dan sebagainya.Namun sekarang ia disalahgunakan dan dijual secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Seperti kita tahu apa sahaja ubat-ubatan jika diambil secara berlebihan akan memberi kesan yang memudaratkan pada diri kita. Ia juga sama seperti air ketum ini.Malah Air ini juga boleh membuat seseorang itu mabuk jika diminum secara berlebihan.


 Untuk pengetahuan anda pokok ketum ini mempunyai Mitraginin yang membolehkan seseorang itu ketagih jika meminumnya.

Gambar Hiasan -Air Ketum



Antara Kesan-kesan Penagihan Air Ketum

  • Susut berat badan
  • Insomnia
  • anoreksia
  • Bibir menjadi kering
  • Sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • Kesan lebam terbakar di muka terutamanya di bahagian pippi dan sebagainya
Kalau tak salah saya air ketum ini telah dikategorikan sebagai bahan larangan sejak tahun 2003 lagi

Oke setakat ini dulu pengenalan mengenai air ketum.Entry yang akan datang saya akan ceritakan bahan yang digunakan untuk merebus air ketum di pasaran gelap.

Mungkin ada yang terkejut dengan bahan yang mereka gunakan.

Insyaallah kita jumpa lagi.. :-) 

Rujukan :- Wikipedia
Read More..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Susah untuk memulakan sesuatu yg dah lama aku tinggalkan..

 Lama sudah aku tak update blog nie..
Naik semak aku rasa..heh..heh..heh..
Nak mulakan sesuatu yg dah lama kita tinggalkan memang susah,,
Tapi apabila kita dah mula lakukan ia dah menjadi kebiasaan dan tak susah seperti dulu lagi rasanya..
Oleh disebabkan itu zam gagahkan diri ini menulis juga la..kan..kan..

 Banyak benda yang nak diceritakan tapi entah kenapa tangan nie berat sangat... Nak Kata sibuk tak la sangat..
Malam-malam zam free jer..hehe..

Bagi kawan-kawan yang sudi follow tue terima kasih naa.. nanti zam follow pelan-pelan..
terima kasih juga kepada sesiapa yang terbaca apa sahaja di dalam blog yang tak seberapa nie.. hehe
terima kasih terima kasih terima kasih ..

Susah untuk memulakan sesuatu yang dah lama kita tinggalkan,
Tapi bila ianya dah bermula,Rasa susah itu sudah tiada.. :-) Read More..