mY Frenz

Jumaat, 14 Oktober 2011

Apa itu Air Ketum

Assalamualaikum.

 Ampa tau tak apa itu ketum..?? Mungkin ada yang dah tau dan ada juga yang tidak tau kan..??
Selain ketum nama lainnya adalah "Biak".. Air ketum nie dihasilkan dengan cara merebus daun pada pokok ketum ini. Dalam bahasa English pokok nie dinamakan "Kratom".Pokok nie kebanyakkan terdapat di afrika,Utara dan tengah semenanjung serta di selatan thailand.Di Thailand pokok nie dinamakan Kakuan,Lthang,Dan juga Thom. Nama saintifik bagi pokok ini adalah Mitragyna speciosa korth.

Gambar Hiasan :- Daun Ketum

 Daun ketum ini sebenarnya digunakan oleh orang tua zaman dahulu sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin,Ia juga digunakan sebagai rawatan membuang angin dalam badan serta rawatan sakit belakang,Selain itu ia juga digunakan untuk melegakan Cirit-birit dan sebagainya.Namun sekarang ia disalahgunakan dan dijual secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Seperti kita tahu apa sahaja ubat-ubatan jika diambil secara berlebihan akan memberi kesan yang memudaratkan pada diri kita. Ia juga sama seperti air ketum ini.Malah Air ini juga boleh membuat seseorang itu mabuk jika diminum secara berlebihan.


 Untuk pengetahuan anda pokok ketum ini mempunyai Mitraginin yang membolehkan seseorang itu ketagih jika meminumnya.

Gambar Hiasan -Air Ketum



Antara Kesan-kesan Penagihan Air Ketum

  • Susut berat badan
  • Insomnia
  • anoreksia
  • Bibir menjadi kering
  • Sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • Kesan lebam terbakar di muka terutamanya di bahagian pippi dan sebagainya
Kalau tak salah saya air ketum ini telah dikategorikan sebagai bahan larangan sejak tahun 2003 lagi

Oke setakat ini dulu pengenalan mengenai air ketum.Entry yang akan datang saya akan ceritakan bahan yang digunakan untuk merebus air ketum di pasaran gelap.

Mungkin ada yang terkejut dengan bahan yang mereka gunakan.

Insyaallah kita jumpa lagi.. :-) 

Rujukan :- Wikipedia
Comments
10 Comments
    
    

10 ulasan:

Ayien Ocaca berkata...

yien tahu daun ketum tu...
tpi x penah tahu pon nama lain die biak..
hehe

BLoG iKuT "DaN" berkata...

Ha,a sesetengah tempat pangil "biak".

yusuflaili berkata...

Salam;
TQ..info menarik,tak pernah tengok air dan pokok ketum,bergini rupanya yer.!!

BLoG iKuT "DaN" berkata...

waalaikumussalam :-)

ha,a begitu la serba sdikt sal ketum.. da sambungan lagi nie :-)

Khairil berkata...

terbaik bro entry mengenai ayaq ketum ni....ramai yang tak tahu ...

naga berkata...

Bagus3...moga ramai yang menyedari bahaya air ketum.

BLoG iKuT "DaN" berkata...

Khairil -trima kasih.. Ada sambungan lagi nie :-)
naga - harap2 rmai la yg sdar sal bahayanya air ketum nie.. :-)

prog muten berkata...

Pregnancy test murah dan kualiti
lawat blog saya:
http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/

Norsafuan Narihan berkata...

Memang la untuk perubatan. Orang sekarang minum bukan untuk buat ubat dah. Tapi buat kepala jadi stim pening. Bukan secawan tok, satu botoi untuk sorang tok. Macam2 depa duk campuk ubat batuk dan ubat nyamuk , air coke , exstra jus. Apa yang aku nampak. Ketom ni lagi teruk dari penagih dadah. Sehari tak dapat rasa lain macam je badan. Hingus meleleh badan sakit2 lesuu.. Lagi2 pulak orang yang dah tega tu. Kena cas minum dulu baru boleh buat keja. Kalau tak kena depa macam ayam berak kapur je #LOPU??? Dulu aku pun kaki ketom. Tapi apa yang aku dah rasa. Alhamdulillah , terus berhenti. Mana badan yang kurus tu. Bila mnum koroi ni,, lagi bertambah kurus kering. Makan dalam poikk.. Getah air ketom ni la yang buat piauu. Sebab tu lah depa suma duk kucaii2 daun tu,, bagi pekatt lagi piauuu?? Dan getah ketom ni jugak lah boleh buat hangpa suma meninggai.. Getah and habuk ketum tu melekat kat hangpa punya organ dalaman. Contoh; Hati , buah pinggang tersumbat??

Norsafuan Narihan berkata...

Ni cerita pengalaman aku tiga tahun dulu. Al kisah Kwan aku ni ramai2 duk lepak minum ketom kat simpang temetong carbergg. Lepas tu polis datang serbu terus tangkap. Senang cerita ayak ketum belum bukak lagi baru je nk on huhu. Kes yang paling berat semua tertumpu kat kawan aku yang sorang ni. Ada sebotoi ketom dalam bakul motor dia. Kawan aku yang lain semua lepas. Setle kat pondok rela je. Kalau korang nak tahu punca ketom sebotol tu boleh buat korang tidur dalam hotel besi tahu. 2 hari jugak la kawan aku sorang ni duk lokap. Tu pun ayah dia jamin . pastu naik makamah bawak bukti air ketom yang sebotoi tu. Ketom basi dah kulat katanya hahaa . Tak semesti nya jamin boleh lepas wei. Kawan aku ni boleh pulak petik bukak cerita nama tokan ketom. Ha amekaw kau dua tiga tokan rumah kena serbu. Habis pokok2 ketom yang depa tanam kena cantas. Ada yang tokan lepas lari. Lari p balik kedah sana. Dari negeri sembilan terus street cauu kedah. GILO hahaa
Mana yang kaki ketum tu semua dah tak tentu arah dah. Lari sini , lari sana. Takut kena tangkap katanya haha. Seminggu tak kena air ketum,, sebab bekalan habis semua port ketom kena tebas habis terang. Bagi peminum tega ketom dah macam sebulan bagi dorang. Haha. Macam orang gila dah aku tengok depa semua. Gelisah + sakit badan sendi tulang + berhingus = ketagih.. ? PLEASE STOP MINOM KETOM.