Assalamualaikum.
Ampa tau tak apa itu ketum..?? Mungkin ada yang dah tau dan ada juga yang tidak tau kan..??
Selain ketum nama lainnya adalah
"Biak".. Air ketum nie dihasilkan dengan cara merebus daun pada pokok ketum ini. Dalam bahasa English pokok nie dinamakan
"Kratom".Pokok nie kebanyakkan terdapat di afrika,Utara dan tengah semenanjung serta di selatan thailand.Di Thailand pokok nie dinamakan Kakuan,Lthang,Dan juga Thom. Nama saintifik bagi pokok ini adalah
Mitragyna speciosa korth.
|
Gambar Hiasan :- Daun Ketum |
Daun ketum ini sebenarnya digunakan oleh orang tua zaman dahulu sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin,Ia juga digunakan sebagai rawatan membuang angin dalam badan serta rawatan sakit belakang,Selain itu ia juga digunakan untuk melegakan Cirit-birit dan sebagainya.Namun sekarang ia disalahgunakan dan dijual secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Seperti kita tahu apa sahaja ubat-ubatan jika diambil secara berlebihan akan memberi kesan yang memudaratkan pada diri kita. Ia juga sama seperti air ketum ini.Malah Air ini juga boleh membuat seseorang itu mabuk jika diminum secara berlebihan.
Untuk pengetahuan anda pokok ketum ini mempunyai
Mitraginin yang membolehkan seseorang itu ketagih jika meminumnya.
|
Gambar Hiasan -Air Ketum
|
Antara Kesan-kesan Penagihan Air Ketum
- Susut berat badan
- Insomnia
- anoreksia
- Bibir menjadi kering
- Sembelit atau kesukaran membuang air besar
- Kesan lebam terbakar di muka terutamanya di bahagian pippi dan sebagainya
Kalau tak salah saya air ketum ini telah dikategorikan sebagai bahan larangan sejak tahun 2003 lagi
Oke setakat ini dulu pengenalan mengenai air ketum.Entry yang akan datang saya akan ceritakan bahan yang digunakan untuk merebus air ketum di pasaran gelap.
Mungkin ada yang terkejut dengan bahan yang mereka gunakan.
Insyaallah kita jumpa lagi.. :-)