mY Frenz

Jumaat, 15 Julai 2011

"N"

Assalamualaikum.. :-)

Lama juga tak update cerita baru,
besala da masalah sikit, heh..heh..

Oke la nak cerita sal "N" nie..

 Dimulakan cerita,, Di tempat baru aku kerja ada seorang india bernama Anbanathan.
Keja dia sebagai technician bersama 3 kawan aku yang lain di bahagian servis kereta.
diorang nie memang pakar,,Sebut saja apa-apa masalah mengenai kereta mesti diorang nie dapat selesaikan..
Manakala aku dibahagian depan bersama seorang lagi kawan aku.Keja kami ambil job layan customer baik-baik dan close job.

  Selama hampir sebulan keja nama si Anbanathan aku tak penah sebut tapi kami bersembang macam biasa, cuma nama dia ja aku tak sebut.Pada awalnya aku sendiri perasan kenapa bersembang tapi nama dia tak pula aku sebut,Kalau nak cakap apa-apa aku pergi dekat terus sembang je..Tak pula aku sebut nama dia..Nama kawan-kawan yang lain macam biasa je aku sebut.Nak dijadikan cerita kawan aku yang sama-sama keja bahagian depan nie suruh aku call bahagian belakang pangil Anbanathan,Tanpa membuang masa aku ambil telefon terus call.. "Wan 'Aban' ada tak..?? nie depa pangil dia mai depan buat apa tatau.." .. "Ada-ada" balas kawan aku.. Dalam hati aku mujur diorang tak perasan aku sebut 'Aban'.. HeH..HeH..HeH..ketawa hati kecilku.Aku betul-betul perasan yang kali nie aku memang tak reti sebut nama si Anbanathan tue,Dan aku juga perasan punca aku tak pernah sebut nama dia waktu bersembang.

 Ketika aku senyum sorang-sorang tue rupanya member sebelah aku perasan yang aku sebut 'Aban' waktu bercakap di telefon tadi,Disuruhnya aku sebut nama Anbanathan,,Apa yang mampu buat waktu tue hanya senyum.. Nak sebut takut tersalah. Bila time habis keja sampai je rumah aku terus kaji punca-punca kenapa susah sangat nak sebut nama si Anbanathan nie.Aku cuba sebut nama si Anbanathan tue kat rumah,,Mula-mula sebut memang kekok sikit antara nama dia yang aku tersasul sebut seperti Aban,Adan,abedan. tue tak sebut full name dia lagi.. setelah di kaji aku dapati mempunyai masalah dengan huruf "N"..Nama dia pula mempunyai huruf  "N" dibahagian awal,pertengahan dan last. An-ba-N-atha-N..


 Alhamdulillah setelah tau punca masalah untuk sebut nama si Anbanathan bermula dari huruf "N" aku mula praktis sebut huruf "N"..Dan sekarang syukur sangat-sangat aku dah boleh sebut huruf "N". :-)

Seperti biasa klik buton stop kat radio saya tue.. heh..heh..


Macam mana..? ada masalah dengan huruf tak..??

Sebenarnya selama hidup nie aku belum tau yang aku tak reti sebut huruf "N",
mungkin disebabkan nama aku bermula dengan huruf "N" membuat aku tak perasan.. :-)
selalunya huruf yang orang susah nak sebut contahnya "R" dan juga "S".
Agak jarang orang tak reti sebut huruf "N" kan..??


Read More..