mY Frenz

Selasa, 18 Oktober 2011

Bahan Air Ketum Di Pasaran Gelap

Assalamualaikum.. :-)

 Sebelum bermula, Entry ini adalah sambungan dari "Apa itu air ketum " Pada entry ini saya  akan cerita serba sedikit bahan-bahan yang digunakan untuk merebus air ini di pasaran gelap.

"Mungkin ada yang tertanya bagaimana saya tahu bahan-bahan yang terdapat di dalam air ketum itu..??"
Jawapannya;-Saya tanya sendiri kepada perebus air ketum itu.. :-)

 "Kenapa saya menulis entry sebegini..??"
Jawapannya:-Kerana tidak mahu lebih ramai lagi yang terjebak dengan meminum air ketum ini.

 Untuk pengetahuan anda air ketum yang direbus tanpa mencampur bendasing warnanya seperti 'teh bunga',Bukan seperti air tebu yang selalu kita lihat.

Dibawah antara bahan-bahan yang digunakan,

  • Daun ketum
  • Air
  • Ubat nyamuk
Gambar Hiasan
    
*Tidak dapat dipastikan tujuan meletakkan ubat nyamuk ke dalam air itu.Tapi setahu saya ini benda wajib

  • Ubat gegat
Gambar Hiasan



Mengikut apa yang diceritakan,Tujuan meletakkan ubat gegat adalah untuk mengkhayalkan si peminum dengan lebih lama. Sama ada kenyataan ini benar atau tidak itu tidak dapat dipastikan :-)


  • Akar seruntun
Gambar Hiasan



Akar seruntun ini seperti perisa,Tujuannya jika air yang di rebus itu kurang pahit maka air dari akar seruntun ini akan dicampurkan.



  • Akar atau buah pinang
Gambar Hiasan


Tujuannya menambah daya khayal kepada peminum.


 Inilah serba sedikit hasil yang saya perolehi daripada kaji selidik kepada perebus ketum.
entry seterusnya saya akan ceritakan bagaimana cara untuk berhenti dari minum air ketum ini.
bagi siapa yang belum membaca entry sebelum ini sila klik Disini

Macam mana masih mahu minum lagi..?? Read More..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Apa itu Air Ketum

Assalamualaikum.

 Ampa tau tak apa itu ketum..?? Mungkin ada yang dah tau dan ada juga yang tidak tau kan..??
Selain ketum nama lainnya adalah "Biak".. Air ketum nie dihasilkan dengan cara merebus daun pada pokok ketum ini. Dalam bahasa English pokok nie dinamakan "Kratom".Pokok nie kebanyakkan terdapat di afrika,Utara dan tengah semenanjung serta di selatan thailand.Di Thailand pokok nie dinamakan Kakuan,Lthang,Dan juga Thom. Nama saintifik bagi pokok ini adalah Mitragyna speciosa korth.

Gambar Hiasan :- Daun Ketum

 Daun ketum ini sebenarnya digunakan oleh orang tua zaman dahulu sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin,Ia juga digunakan sebagai rawatan membuang angin dalam badan serta rawatan sakit belakang,Selain itu ia juga digunakan untuk melegakan Cirit-birit dan sebagainya.Namun sekarang ia disalahgunakan dan dijual secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertangungjawab. Seperti kita tahu apa sahaja ubat-ubatan jika diambil secara berlebihan akan memberi kesan yang memudaratkan pada diri kita. Ia juga sama seperti air ketum ini.Malah Air ini juga boleh membuat seseorang itu mabuk jika diminum secara berlebihan.


 Untuk pengetahuan anda pokok ketum ini mempunyai Mitraginin yang membolehkan seseorang itu ketagih jika meminumnya.

Gambar Hiasan -Air Ketum



Antara Kesan-kesan Penagihan Air Ketum

  • Susut berat badan
  • Insomnia
  • anoreksia
  • Bibir menjadi kering
  • Sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • Kesan lebam terbakar di muka terutamanya di bahagian pippi dan sebagainya
Kalau tak salah saya air ketum ini telah dikategorikan sebagai bahan larangan sejak tahun 2003 lagi

Oke setakat ini dulu pengenalan mengenai air ketum.Entry yang akan datang saya akan ceritakan bahan yang digunakan untuk merebus air ketum di pasaran gelap.

Mungkin ada yang terkejut dengan bahan yang mereka gunakan.

Insyaallah kita jumpa lagi.. :-) 

Rujukan :- Wikipedia
Read More..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Susah untuk memulakan sesuatu yg dah lama aku tinggalkan..

 Lama sudah aku tak update blog nie..
Naik semak aku rasa..heh..heh..heh..
Nak mulakan sesuatu yg dah lama kita tinggalkan memang susah,,
Tapi apabila kita dah mula lakukan ia dah menjadi kebiasaan dan tak susah seperti dulu lagi rasanya..
Oleh disebabkan itu zam gagahkan diri ini menulis juga la..kan..kan..

 Banyak benda yang nak diceritakan tapi entah kenapa tangan nie berat sangat... Nak Kata sibuk tak la sangat..
Malam-malam zam free jer..hehe..

Bagi kawan-kawan yang sudi follow tue terima kasih naa.. nanti zam follow pelan-pelan..
terima kasih juga kepada sesiapa yang terbaca apa sahaja di dalam blog yang tak seberapa nie.. hehe
terima kasih terima kasih terima kasih ..

Susah untuk memulakan sesuatu yang dah lama kita tinggalkan,
Tapi bila ianya dah bermula,Rasa susah itu sudah tiada.. :-) Read More..

Jumaat, 15 Julai 2011

"N"

Assalamualaikum.. :-)

Lama juga tak update cerita baru,
besala da masalah sikit, heh..heh..

Oke la nak cerita sal "N" nie..

 Dimulakan cerita,, Di tempat baru aku kerja ada seorang india bernama Anbanathan.
Keja dia sebagai technician bersama 3 kawan aku yang lain di bahagian servis kereta.
diorang nie memang pakar,,Sebut saja apa-apa masalah mengenai kereta mesti diorang nie dapat selesaikan..
Manakala aku dibahagian depan bersama seorang lagi kawan aku.Keja kami ambil job layan customer baik-baik dan close job.

  Selama hampir sebulan keja nama si Anbanathan aku tak penah sebut tapi kami bersembang macam biasa, cuma nama dia ja aku tak sebut.Pada awalnya aku sendiri perasan kenapa bersembang tapi nama dia tak pula aku sebut,Kalau nak cakap apa-apa aku pergi dekat terus sembang je..Tak pula aku sebut nama dia..Nama kawan-kawan yang lain macam biasa je aku sebut.Nak dijadikan cerita kawan aku yang sama-sama keja bahagian depan nie suruh aku call bahagian belakang pangil Anbanathan,Tanpa membuang masa aku ambil telefon terus call.. "Wan 'Aban' ada tak..?? nie depa pangil dia mai depan buat apa tatau.." .. "Ada-ada" balas kawan aku.. Dalam hati aku mujur diorang tak perasan aku sebut 'Aban'.. HeH..HeH..HeH..ketawa hati kecilku.Aku betul-betul perasan yang kali nie aku memang tak reti sebut nama si Anbanathan tue,Dan aku juga perasan punca aku tak pernah sebut nama dia waktu bersembang.

 Ketika aku senyum sorang-sorang tue rupanya member sebelah aku perasan yang aku sebut 'Aban' waktu bercakap di telefon tadi,Disuruhnya aku sebut nama Anbanathan,,Apa yang mampu buat waktu tue hanya senyum.. Nak sebut takut tersalah. Bila time habis keja sampai je rumah aku terus kaji punca-punca kenapa susah sangat nak sebut nama si Anbanathan nie.Aku cuba sebut nama si Anbanathan tue kat rumah,,Mula-mula sebut memang kekok sikit antara nama dia yang aku tersasul sebut seperti Aban,Adan,abedan. tue tak sebut full name dia lagi.. setelah di kaji aku dapati mempunyai masalah dengan huruf "N"..Nama dia pula mempunyai huruf  "N" dibahagian awal,pertengahan dan last. An-ba-N-atha-N..


 Alhamdulillah setelah tau punca masalah untuk sebut nama si Anbanathan bermula dari huruf "N" aku mula praktis sebut huruf "N"..Dan sekarang syukur sangat-sangat aku dah boleh sebut huruf "N". :-)

Seperti biasa klik buton stop kat radio saya tue.. heh..heh..


Macam mana..? ada masalah dengan huruf tak..??

Sebenarnya selama hidup nie aku belum tau yang aku tak reti sebut huruf "N",
mungkin disebabkan nama aku bermula dengan huruf "N" membuat aku tak perasan.. :-)
selalunya huruf yang orang susah nak sebut contahnya "R" dan juga "S".
Agak jarang orang tak reti sebut huruf "N" kan..??


Read More..

Selasa, 21 Jun 2011

SeNYuMLaH

Assalamualaikum..

Terketar-ketar jari cari huruf nak menaip tak jumpa.. Tapi apa-apa pun aku tetap nak tulis,

walaupun aku taip dengan jari telunjuk..hahaha..


Oke la,, Cerita sal senyum nie kadang-kadang aku tengok ramai yang muka chom ja..
Bagi aku apa salahnya dia senyum walaupun ketika tue dia mempunyai masalah.. Bukan susah pun nak senyum..
kan..? Ramai lagi orang yang ada masalah tapi masih mampu tersenyum..Kalu fikirkan masalah sampai bila-bila  masalah tue tak habis..

Ce senyum nak tengok.. ^-^..

Ce senyum sekali lagi.. ^-^

Lagi sikit.. ^-^

Sikit lagi..

Biar  sampai telinga.. ^-^

Haaa tue boleh pun senyum.. :-)

Cantik,comey,macho,hansem semua da kat ampa.. hehe..


Dah tengah dok senyum elok-elok pe kata tengok cerita nie jap.. Yang masih dalam keadaan kebingungan tue cuba tengok cerita nie juga..

*Sebelum tue Klik buton stop kat radio Blog nie.








Macam mana ada rasa nak senyum tak..?? hehe Read More..

Khamis, 9 Jun 2011

Otakku berGeGaR

Assalamualaikum.

Hari nie aku nak ceritakan pengalaman 2 hari otakku bergegar..
Peristiwa nie berlaku ketika aku tengah dok membelek blog nie ar,
Masa tue aku nak tulis cerita baru,dan masa tue juga idea entah apa-apa masuk dalam otak aku dan mengangu idea asal yang aku nak tulis.. Waktu tue kepala aku 'hang' sekejap,tak boleh bergerak,. Dalam 5 minit kemudian barula oke balik.. Cuma kepala aku pening sikit.

Lepas tue aku terus ambil panadol dan makan..Ingatkan makin sembuh rupanya bergegar otak aku.. Cuba ampa bayangkan aku dok saja tak buat apa kepala aku vibrate.. Tak jadi kat ampa tak apa la,jadi sekali tau la macam mana seksanya kepala 'hang' pastu kepala vibrate,.

Aku rasa kepala aku berat dari badan,Bila berdiri je terasa nak jatuh kebelakang.Bila nak ke dapur minum air aku lalu berlatar belakangkan dinding rumah, Ampa paham tak..? Macam nie,, aku berdiri dan bahagian belakang badan aku dirapatkan ke dinding pastue aku gerak la badan pelan-pelan ke dapur smbil tangan pegang kepala.. Faham dah kan..hehe..

Bila dah rasa oke aku keluar dengan kawan aku layan kopi tengah-tengah malam.Tapi sebelum sihat ada lagi masalah yang timbul. Masalahnya aku tak paham apa yang member aku cakap,Member aku kena cakap sepatah demi sepatah perkataan baru aku paham.. Yela kalu laju sangat mana dapat detect apa yang dia cakap.Bila dah faham aku pula tak tau apa yang nak cakap,Bagi tak menyakiti hati dia aku lemparkan senyuman..


Dah la.. Abaikan cerita nie..rekaan je..hehehe
aku tak tau nak ending..hehe.. dunia,,dunia,, Read More..

Selasa, 7 Jun 2011

Hadiah hari perkahwinan kawanku menjadi

Assalamualaikum.

Sebelum nie saya janji kalau hadiah yang diberikan kepada kawan saya di hari perkahwinannya menjadi saya akan ceritakan balik apa yang berlaku kan.. Apa yang saya nak katakan disini benda yang dirancang menjadi..hehehe.. Oke saya nak bahasakan diri sebagai aku.nampak baik sangat kalau bahasakan diri aku nie sebagai saya..

Oke cerita pada hari kejadian,seperti dirancang hadiah yang hendak diberikan adalah jam loceng dan dikunci tepat pada pukul 2 pagi.Sebelum beli aku ke kedai jam,Aku pilih jam loceng yang paling kuat bunyinya.Dah selesai semua tue proses membalut jam tue dijalankan.Dikotak jam tue kena ada sedikit pengubah suaian. Aku guntingkan sedikit kotak di bahagian loceng tue supaya bunyi lebih kuat dan jelas,sebab misi aku nak kejutkan diorang atau bahasa senang nak gangu apa yang mereka ini buat malam tue..

Dah selesai buat tue aku letak sekeping nota ber tulis "jangan gopoh-gopoh baru pukoi 2 pagi, jangan marah aaa".Kemudian kemaskan kotak agar dia susah nak buka bila jam berbunyi..Dah selesai baru balut kotak tue balut pula dengan kertas pembalut hadiah..Pastue cari masa yang sesuai untuk bagi hadiah kat kawan kita.

Macam mana aku tau rancangan aku menjadi..?? Pada mulanya aku pun tak sangka menjadi,Punya la tunggu dia tepon maki tapi tak tepon pun..Dalam pukoi 5 petang kelmarin aku hantar Sms kat dia.. aku tanya macam nie "We mat macam mana hadiah semalam o.k tak..?" dia balas "Ang kuang ajaq semalam aku dah tido".. Aku tanya dia lagi "Woi jam semalam bunyi tak" Dia jawab " Bunyi ar ,kul 2.30,huhu,aku tido dah ar.." aku balas mesej dan minta maaf kat dia,mana la tau kot-kot dia marah ke terasa ke,kita mana tau kan. Tapi aku pelik dengan jawapan Sms dia,"Aku dah tido" satu lagi "aku tido dah ar"..hmmmm..mungkin la..

Kalau handset aku tak rosak boleh la tangkap  gambar bagi ampa tengok cara-caranya,Mudah sikit ampa nak faham.Nie aku pun berasa was-was samada ampa faham ke tak faham dengan apa yang aku tulis.Kalau ayat berterabur tue mintak maaf lah..Saya baru belajar..hehe..:-)

Tengok cerita yang sebelum nie mungkin ampa faham kot.Klik disini  Ha klik link tue..
Setakat nie dulu.. :-) Read More..

Isnin, 6 Jun 2011

Jangan tangkap gambar kucing anda

Assalamualaikum..

Betulkah tak boleh tangkap gambar kucing peliharaan kita..?? Orang cakap bila tangkap gambar kucing peliharaan dia akan jatuh sakit.. betul ke..?? Mungkin kebetulan rasanya. Tapi apa yang berlaku kepada kucing aku memang betul seperti orang cakap.. Sebelum nie aku pernah tangkap gambar kucing peliharaan aku,Tak lama lepas tue dia jatuh sakit,Kemudian dia menderita sakit dan selang beberapa hari kucing ini meninggalkan kami semua.

Selepas tue aku tangkap lagi gambar kucing,Dah possing elok je atas beskal budak kecik jadi aku tangkap la gambar,Tak lama kemudian kucing nie pun jatuh sakit,suara yang dulunya paling bising kat rumah aku sekarang paling senyap..Aku p klinik binatang diorang cakap kucing aku tue tak ada penyakit.Heran juga la aku,Buta ke apa doktor binatang tue,,Kucing tue punya la sampai tak larat berjalan,suara pun tak ada , boleh cakap tak ada penyakit.Mujur doktor binatang tue tak cakap suruh cuba rawatan tradisional..

Mungkin kebetulan rasanya,Atau mungkin ada pantang serta cara ambil gambar bagi kucing tak sakit,Yang tue tak pasti la pula..Pakar foto mungkin tahu sebabnya..Mungkin..mungkin..mungkin...???.
Bawa je balik kucing tue aku mandikan dia dengan air nyoq (air kelapa),Alhamdulillah dah makin pulih kucing tue..

Kesian juga aku tengok kucing tue,Dah la kecik-kecik kena buang,Aku la yang p pungut dia dalam hutan.Yang orang buang kucing tue tak fikir lansung kucing tue nak makan apa dalam hutan tue..Susu getah ada la dalam hutan takkan dia nak makan pokok getah serta pucuk paku disulami susu getah kot..??agak-agak arr ,Kalau aku tak jumpa dia dalam hutan memang aku tak amik bela kucing nie,Mujur aku ada sifat penyayang yang Allah bagi.Bila dah besar je kucing nie dia sakit..Lepas aku tangkap gambar pula tue..Kebetulan atau kucing memang tak boleh gambarnya ditangkap tue tak pasti.Rasa nyesal pun ada..

Adakah kucing lain yang jeles dengan kecantikan kucing aku nie menyantaunya..??
Merapu sudah..hehe..dunia,dunia..
oke setakat ini dulu..:-) Read More..

Sabtu, 4 Jun 2011

Hadiah hari perkahwinan kawanku

Assalamualaikum..:-).

Tak sabar rasanya menunggu tibanya majlis kawin kawan aku 5 haribulan nie..hehe..hampir terlupa pula aku pasal hadiah,kalau teringat pun apa yang aku pikir nak bagi botol susu je..takpun pampers.Nasib sangat ja aku teringat,Kalau tak jangan harap la nak dapat hadiah dari aku..aku seorang yang agak-agak kedekut..haha..
dalam bahasa lainnya suam-suam kedekut..

Bila dipikirkan balik hadiah botol susu dengan pampers dah basi sebagai hadiah untuk kenakan kawan kita yang nak kawin,Oleh sebab itu aku pikir la cara lain,biar hadiah yang aku nak bagi  nanti dia ingat sampai bila-bila..hehe

Nak tau hadiah apa yang aku nak bagi..?? jeng jeng jeng..
Kereta? uishh agak-agak ar kan,aku pun takdak kereta lagi,
Laptop? Juga bukan,
i pad? hurmm jap nak pikir..Rasanya tak kot..kedekut mengatasi segalanya.. aku hadiahkan jam loceng je.hehe..
Sebab.?? entah la,,Tapi yang aku tau aku nak gangu waktu malam pertama dia dengan jam nie..hehhee..
Macam mana..?? First sekali beli beberapa biji jam loceng, Kemudian set alarm jam tue pukul 2.00am,Selesai set korang bungkuskan jam-jam tue  dalam kotak biar kemas sikit..
Kalau boleh balut biar susah untuk dibuka.
Pastikam pembalut tidak menarik perhatian dia untuk buka lebih awal kerana kita nak gangu dia pukul 2.00am.. di dalam kotak tue tulis pula ayat nie "Selamat Pengantin Baru,Jangan gopoh-gopoh.Baru pukul 2 pagi.Jangan maree aa"


Kalau betul-betul rancangan nie menjadi ampa boleh bayang tak..?? rancak kan..hehe
2.00am waktu yang tepat aku rasa.. Tengah mengayat Jam bunyi,kalau 1 tak apa tapi 2 3 biji jam aku nak letak nanti.. Mesti riuh punya satu rumah dengan bunyi jam tue nanti.Aku dah dapat bayangkan dah nie..hehehehe..

Nak tau jadi ke tak kena tunggu 6 haribulan nie,
kalau dia call maki-maki maknanya jadila tue,
Kalu dia diam maknanya tak jadi la tue.. kalu jadi aku akan cerita len.. :-) minta-mintak menjadi..hehe
Read More..

Isnin, 30 Mei 2011

Sokong barcelona tapiiiiiiii...



Tepat pukul 2 pagi sebelum perlawanan bermula antara barcelona dengan mu aku sudah berada di kedai mamak dengan kawan-kawan,Masing-masing sudah  memilih pasukan pilihan mereka.Kebanyakkan mereka nie memamg penyokong tegar barcelona termasuk aku..hehe..Meriah kedai mamak tue,rasa macam kat stadium pun ada..heheh.Borak punya borak tak sedar game dah nak mula.Keadaan diam seketika sebelum wisel permulaan dibunyikan entah sebab apa aku pun tak tau..Selepas tue riuh rendah dibuatnya kedai mamak nie dengan penyokong masing-masing..

Awal game mu control bola punya la cuak,Lebih kurang dalam 10 minit lepas tue barcelona control pula. time tue aku rasa pemain mu terkena bola kat tangan dalam kotak penalti .punya la tak puas hati penyokong barcelona kutuk pengadil..Macam la pengadil tue dengar..hahaha..Tapi aku tumpang sekaki kutuk pengadil tue..Adat la tue kan.huhu.. Tak lama lepas tue barcelona jaringkan gol pendahulu, kalau tak salah pedrov nama penjaring gol tue, Lonjak sakan aku dari kerusi tanda gembira yang tak terucap..Penyokong mu senyap tak terkata..hehe..puasss aku..puasss..hahaha..

Tak sampai 10 minit Roney Jaringkan gol penyamaan..Tersentak ulu hati aku Roney jaring gol..Nasib sangat je tak ada lemah jantung..Geram aku tengok penyokong mu nie..Yang kawan-kawan aku ushar lain macam je kat aku.Tamat separuh masa member aku tanya "we hang sokong geng mana??".. "Barcelona awat..??".
"awat hang pakai baju mu hang geng lalang nie..hahaha.."..Aku pun tengok baju.. Ya ALLAH.. Memang tak sedar baju mu yang aku pakai.. naik merah sembam muka aku..hehe..Mujur kawan aku bawa sweter,bolehla aku pakai..Harap-harap tak ramai yang perasan time tue..Teruk juga la aku kena 'bahan' hehe.. Memamg rasa macam nak bakar je baju tue,macam mana aku boleh tersilap pakai,.macam mana aku boleh tak perasan,padahal dua tiga kali aku tengok cermin sebelum pi tengok bola..kenapa depa tak tanya soalan tue awal-awal..hehehe.. Keputusan malam tue barcelona menang besar 3-1..




. Read More..

Kawan lupa kawan

Tak ramai kawan-kawan yang sangup kongsi masalah bersama apabila kita dalam kesusahan,tapi kita akan dapat ramai kawan apabila kita senang.Apabila kita dalam kesusahan ada-ada saja kerja yang mereka ada waktu tue,memang susah nak minta pertolongan.Kalau nak diikutkan taknak minta tolong dengan kawan-kawan.Tapi bila fikir kita selalu tolong apa salahnya kalau minta tolong kawan-kawan kejapkan. Antara alasan yang kawan-kawan kita selalu bagi apabila minta pertolongan seperti di bawah.. hehehe cewahh..:-)

  • Waktu tayar moto pancit atau sebagainya tengah-tengah malam-Depa (diaorang) selalu cakap Tak ada transport nak pi,dengan alasan moto rodtax habis,tayar pecah,moto atau kereta adik guna,minyak habis,dan ada yang tak jawab pangilan telefon walaupun kita tahu depa nie mata kawaq (berjaga malam),dan banyak lagi alasan yang depa nie bagi.tue salah satu tanda depa taknak tolong kita.

  • Waktu kita poket kering-Selalu kawan-kawan kita akan cakap duit takada,Nak guna duit banyak bulan nie,mak di kampung mintak duit,"aku pun tengah sesak nie", tue antara sebahagian jawapan-jawapan yang depa taknak bantu walaupun sebelum nie kita tolong kawan kita yang tengah sesak nie.Depa sangup tengok kita ikat perut berhari-hari, tapi kita mungkin takkan sangup tengok depa ikat perut sampai tak makan berhari-hari.

  • Bila nak pinjam kereta-Walaupun kita ada kereta sendiri tapi kadang-kadang mungkin rodtax terlambat bayar jadi kita pun nak pinjam kereta kat kawan-kawan kita kadang-kadang mungkin menghantar adik ke tempat pengajian atau sebagainya,antara alasan yang kawan kita bagi antaranya : Kereta aku problem,Tak bagitau awal-awal adik aku nak pakai,kereta aku tak boleh jalan jauh,Tayar dah botak,kereta aku 3 bulan tak bayar takut kena tarik.

  • Bila nak minta tolong hantar resume-Mungkin tempat kerja dengan rumah kita jauh yang mengambil masa berjam untuk sampai, jadi kita minta tolong kawan hantarkan resume alang-alang dia kerja disitu, antara alasan yang depa taknak tolong :Takpa bawak mai ar resume hang (bercakap mata pandang lain dengan nada tinggi),Aku dengan bos aku tak berapa ngam,mana ada masa nak hantaq,Tempat aku dah penuh,Tempat aku tak amik budak fresh,dan banyak lagi ayat-ayat yang depa taknak tolong kita dengan iklas.

Ada banyak lagi jenis yang kawan lupa kawan..Walaupun kita pernah tolong depa sekali,2,3 atau seribu kali pun belum tentu depa akan menolong kita apabila kita susah.Time mintak tolong mulut manis semacam jer ,..Tapi tak semua kawan-kawan kita macam tue betul kan..:-).Oke setakat ini dahulu.. :-)
. Read More..

Jumaat, 27 Mei 2011

Petai terbesar

Setahu aku petai biasa besarnya lebih kurang dua jari macam tue la panjangnya pula dalam dua jengkal setengah  lebih kurang.. tapi petai nie punya la besaq..Kalu makan bau sekampung aku rasa..hahaha..




Petai terbesar

hak3..tak dapat nak bayang sapa yang makan nanti bau nya macam mana..Rasanya lagi power dari petai yang biasa kott..Lepas makan time belahak mesti power punya bau dia..haha.. Tue takpa lagi.. cuba bayangkan time kentut..hak3..hak3..hak3..
. Read More..

Khamis, 26 Mei 2011

Contoh Soalan-soalan Temuduga berserta jawapan

  1. Apakah yang anda ingini 5 tahun daripada sekarang di dalam syarikat ini?

Jadi bos.
  1. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
Sebab 5 tahun akan datang saya akan jadi bos.
  1. Cerita sedikit tentang diri anda.Apakah yang dapat memotivasikan anda?
Tuan boleh tengok di resume saya.
  1. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
        Tuan baca la resume saya.semua saya dah tulis kat situ.

  1. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
Yang ini juga tuan boleh tengok dalam resume saya.
  1. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
        Saya boleh berikan kitchen sebagai sumbangan untuk syarikat anda.
        (jawab dengan yakin)             
  1. Terangkan/huraikan perhubungan yang perlu terjalin antara penyelia dan orang-orang bawahannya.
Saya belum bekerja,saya tidak tahu status hubungan mereka sama-ada sudah berkahwin atau masih di alam percintaan. (jawab dengan tenang)
  1. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
Saya malu dengan wanita.(Beritahu dengan jujur tentang diri anda)
  1. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
Ha,a boleh.

  1. Mengapakah patut kami memilih anda?
Soalan lain tuan. (minta soalan lain jika anda tidak berminat dengan soalan yang ditanya)
  1. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
Kepala terhantuk didinding tandas rumah sewa.(cakap dengan jujur kerana penemuduga mahu melihat kejujuran anda)
  1. Nyatakan 2 atau 3 perkara yang anda anggap penting dalam pekerjaan anda.
Gaji,rehat,cuti
  1. Apakah matlamat dan tujuan jangka panjang dan jangka pendek anda?
Matlamat jangka masa panjang saya akan menjadi bos disini,matlamat jangka pendek saya akan berkahwin setelah mendapat kerja ini.
  1. Bagaimana anda membuat persediaan untuk mencapainya?
Goda anak perempuan  bos.
  1. Yang mana lebih penting kepada anda : duit atau jenis pekerjaan.
Duit.
  1. Apakah yang anda anggap sebagai kekuatan anda.
Tidak tahu tuan. (berikan jawapan ‘tidak tahu’ jika anda tidak pasti dengan soalan itu,kemudian lemparkanlah senyuman kepada penemuduga)
  1. Nyatakan 2 atau 3 pengalaman pencapaian yang telah memberikan anda kepuasan. Mengapa?
          Dalam resume ada saya tulis tuan. (setelah selesai salam dengan penemuduga serta 
          lemparkanlah senyuman anda).


   
*Jangan amik seyes apa yang aku tulis nie..hehe.

Read More..

Rabu, 25 Mei 2011

Dari mana datangnya bau taik kucing itu



Ceritanya bermula di sebuah sekolah rendah di utara Negara kita.Tempat dan nama sekolah itu  perlu dirasiakan bagi mengelakkan aib kepada sekolah  dan juga kepada  si mangsa kejadian.Cukuplah saya katakan sebuah sekolah di utara Negara kita.Seperti biasa waktu persekolahan bermula jam 7.45am maka semua pelajar pun menuju ke kelas masing-masing,Tepat jam 8.00am para guru pun masuk ke kelas.

 Diteruskan cerita atau senang cerita para guru sibuk mengajar dan para murid-muridnya tekun mendengar serta mencatit apa yang diajar si guru .Dalam keadaan yang sunyi sepi itu tiba-tiba muncul suara yang berbunyi seperti ini ‘issshkk bau taik kucing arr’, Keadaan yang tadinya sunyi kini menjadi riuh rendah,masing melihat dibawah meja takut-takut taik kucing itu berada di bawah meja,Tidak cukup dengan itu ada yang melihat pakaian masing-masing dan ada juga yang melihat di bawah tapak kasut serta ada yang mencari dari mana datangnya bau itu,termasuk mengesan di koridor serta kaki lima bilik darjah.





Kucing aku sebagai gambar hiasan

    Puas mereka cari tapi tidak diketemui,Lalu dengan serentak murid-murid ini memandang kearah guru mereka,.Dalam keadaan yang penuh syak wasangka dan curiga,   murid yang tadinya mengeluh bau taik kini mengeluh lagi,disuruhnya guru itu memeriksa pakaian. “cikgu chek baju cikgu tengok”dalam ‘loghat utara’,Berkata tanpa segan silu.  Eloklah aku letakkan namanya sebagai ‘Mat’bukan nama sebenar.
  Guru yang tadinya diam memerhatikan pelajarnya  mula membelek-belek kasut serta pakaiannya termasuklah di bawah meja .Mana tahu kalau-kalau bau taik itu datangnya dari beliau ini.Namun Sangkaan Murid ini atau lebih dikenali sebagai mat meleset sama sekali. Tiada Taik dari guru itu.. Namun Bau nya semakin lama semakin kuat.. Ada murid-murid lain keluar dari kelas kerana tidak tahan dengan bau itu.


 Disebabkan itu maka si guru ini pun membuat keputusan drastik belajar di kantin agar pembelajaran tidak tergangu.Di kantin ada beberapa kelas sedang membuat raptai dalam erti kata lain memang ramai orang.Maka tak terajar lah murid-murid ini.Dalam keramaian murid-murid itu ada suara berbunyi “bau taik kucing mai dari mana nie..??”berkata murid itu dengan penuh tanda tanya.Terdengar kata-kata itu si Mat pun menyampuk dengan berkata “La bau lagi..Nie mesti bawa taik kucing dari rumah”katanya dalam nada keras.
Selepas kata-kata itu sekali lagi semua pelajar melihat pakaian masing-masing,kali ini mereka perhati betul-betul pakaian,kasut serta keadaan di sekitar mereka.Tidak cukup dengan itu pelajar-pelajar yang membuat raptai tadi termasuk guru mereka juga membuat pemeriksaan rapi terhadap pakaian masing.(Bayangkan  sekejap  suasana ketika itu..).Namun masih tidak diketemui di mana datangnya bau dan dimana datangnya taik kucing itu.


Kucing aku sebagai gambar hiasan




Manakala si mat  asyik mengubah tempat duduk,setiap kali dia mengubah tempat, mulutnya terkebil-kebil seperti mengatakan sesuatu,Tiada siapa tahu apa yang diperkatakannya mungkin tidak senang dengan bau itu.Tidak lama selepas itu   ada seorang wanita yang juga sekelas dengan si mat memanggil.. “Matt..mattt.. mai cini.. kat cini tak bau”.Tanpa berlengah mat bergegas pergi duduk di situ,Mereka duduk bersebelahan dikelilingi rakan yang lain.Berselang 5 minit kemudian mulut si mat berkebil-kebil lagi. “hang cakap pa tue mat”Kata wanita tadi. “bau lagi la we” balas mat. “we mat kat seluaq hang tue apa we” Tanya wanita  itu.
Mat pun memeriksa seluar serta memerhatikan satu cebisan lembik di seluarnya yang sebelum ini dia tidak perasan tentang kewujudan cebisan itu.
Bila diperhatikan dari jarak dekat serta mencium baunya baru mat sedar yang bau taik kucing ini sebenarnya datang darinya.Terkejut dengan itu mat cuba mengubah tempat ,dalam keadaan tergesa-gesa kaki mat tersentuh pakaian  wanita tadi lalu terkena cebisan taik itu.Riuh rendah apabila wanita itu menyedari bahawa cebisan di pakaian mat tadi adalah taik(bayangkan sendiri keadaannya).Punca datangnya bau dan taik itu pun terungkai .Kerana malu mat tidak hadir ke sekolah selama seminggu  selepas kejadian itu..sekian.. :-)  
 
*time aku tulis cerita nie tadi da petani tomyam kedai sebelah mai tengok.pastue tersengeh sorang-sorang.heran betoi.
Read More..

Selasa, 24 Mei 2011

Do'aku Untuk Pejuang Patani!

Do'aku Untuk Pejuang Patani!



Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami yang sedang berjuang di Patani dan di semua tempat.

Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.

Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah, tolonglah kaum muslimin di Patani dan semua tempat.

Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan eratkanlah hubungan mereka.

Ya Allah, binasakanlah penjajah Kafir Siam dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah, Hancurkanlah penjajah Kafir Siam di bumi Patani dan memerdekakanlah bumi Patani Darussalam dengan segera. Amiin. Ya rabbal aalamin..!



Petikan dari-Ummahpatani.blogspot.com

Sekali-sekala buat serius sikit..:-)
Read More..

Isnin, 23 Mei 2011

Belajar bercakap bahasa utara

Toyu - kicap

Ligan - kejar

Depa - mereka

Sat-tunggu sekejap

Hang-kamu

Qhempuh-rempuh

Jenuh-penat

Semegheyong - riuh rendah

Hingaq-bising

Nundia -tu dia (dalam keadaan jauh)

Tu dien - tu dia…

Nahaihhh = nahas = tudiaa… (selalu diguna oleh wayang kulit sri asun)

Segheyau - bimbang

Mao kalao kata = kalau nak ikut

Merela - gatai

Mereben - merapu

Ghetiaq - ikhtiar

Kelepiaq - tampar

Panggu - Bahagian

Ghabat - panjat

Awat - kenapa

Loqlaq - kotor/pengotor

Gheban - runtuh

Ayaq - air

Marka - hot chicks!

Pungkoq - bontot

Besaq - besar

Keh pa - kenapa

Jakun@ciwi - perak

Baloq - malas

Baloq liat - tersangat malas

Cemuih - benci

Panaih - panas

Tenggalong - baling

Waya kot - gila kot

 Lekaih - lekas @cepat

a - air (kat belah ulu2 kedah)

Mengkala - bila

Koliaq - conteng

Contiang - conteng

Tongkoi - kayu atau sesuatu benda yang lain seperti besi

Badek - sepak

Law ayam - reban ayam

Cek - saya .

Ragaih - panjat

Tuju - baling

Pancuq ayaq - shower / paip air

Bodek - mengampu

Moktan - rambutan

Gerek - basikal

Gelema - kahak

Belehaq - sedawa

Mengeruh - berdengkur

Nyeh / sreh hingus - perbuatan membuang hingus dr hdg

Cemerkap - kerja yg x senonoh / x cemerlang

Ayaq singkat - air cetek

Belemoih - comot

Belengaih - melekit

Sighu - tunjuk best aa

Lohoq - zohor

Carok - anak sungai

Ceghok - pendalaman

Takdan - Taksabar

Sabaq - sabar

boh - letak

Bodoh piang - tersangat2la bodoh

Kelam - gelap

Besiaq - kuat kencing

Kerap - selalu

Jangkat - singkat

Hambat - halau,kejar

Mengai - memancing

Lapaq ayaq - dahaga

Melilau - merayau

Sergum - rambut serabut

Sayup - lambat(versi perlis)

Seluloi - selalu

Kelolo - bergurau secara tak senonoh

Leghah - daerah,kawasan

Tang tu - disitu

Manala - mana hala

Nindia - ini dia

Pasembot - pasembor

Cok pisang - goreng pisang

Teghbei - lastik

Mengkala - bila

Manggih - manggis

Kupang - sen (tetapi, 1 kupang xbersamaan 1 sen 1kupang @ sekupang bersamaan 10 sen)

Keleboq - lubang kat sawah

Tonyoh/ tenyeh - tekan sthg ngan kuat kat permukaan

Terajang-sepak kuat ngan kaki

Serawa lenggak- dok goyang kaki

Ghebaih - pukul

Galak- gatal

Teriak/ghiau - nangis

Sembet- muka tembam tak hingat2

Tembun-gemuk

Terebit-keluar

Merepet meraban - merapu

Parit gila - alur air kecik kat belakang rumah

Sakan - pulun gila

Awat/pasai pa- kenapa

Lagu tu - macam tu

Dan la aih - sempat lagi ni

Hangat - panas

Awat - apa

Cabai - cili

Cibai - Perkataan untuk memaki seseorang

Awat lagu tu? - kenapa macam tu?

Mamu - mamak

Pi - pergi

Besaq - besar

Loklaq - tak senonoh

Gebang - tipu/sembang

Corak - simbah

Mai - mari/jom

Ketegaq - degil/keras kepala

Tidoq - tidur

Cekang - gempak/dasyat

Kia - takut/cuak

Kenen - perli

Peghelai - Meleraikan sesuatu contohnya kompenen enjin

Baguih gila - amat bagus sekali

Tembun - montel / berisi

Sengap - diam

Sangap - ketagih

Ayaq nyoq - air kelapa

Cayaq - cair

Tawaq hebiaq - tawar betul

Maneh ting - sangat manis

Peit berdegung - pahit betul

hannyiaq - hanyir

Tubik - keluarkan

Jhoqra - lebih-lebih

Telaga - perigi

Kasut - semua jenis selipar & kasut

Ghoti - semua jenis biskut & roti

Amra/mera - kedondong

Cebok - gayung

Timba - baldi

Cerok - simbah/tempat yg jauh kat pedalaman

Tempeh - tempias

Camca - semua jenis sudu & camca

Can - awek (loghat belah alor setaq)

Pelam - mangga

Bau hagching - bau busuk kencing

La - sekarang

Nat - pasar tani/pekan sehari

Kapok - dakap/peluk

Katok - pukul

Tak dan dan - tak sabar (ayat contoh: hang ni tak dan dan, kalut mana.. sabaq sat satgi kita pi la )

Tak dan - tak smpat (ayat contoh: tak dan aku isi borang tarikh dah tutup )

Mulut hebiaq - byk cakap (tak sayang mulut la tu)

Celuih - muat

Cemuih - bosan

Keloi - panggil

Kelih - tengok

Tengalong - baling dgn sesuatu

Punggai - cabut buang, pulas buang (ayat contoh : aku punggai kepala hangpa nanti aih)

Ghengau/cakaq - cakar

Dendam - rindu giler (ayat contoh : mana pi lama tak jumpak? dendam sangat aih)

Ghuih - haus (tapak kasut)

Ghuruih api - mancis

Jom la - tepi sikit,jgn block jalan aku,mengajak seseorang

Lekaih - lekas/cepat sikit

Pongoih - baran

Ikut Dan - ikut suka,tak kira siapa (ayat contoh: Meah tu "ikut dan" dia ja nak cakap)
Read More..

Ahad, 22 Mei 2011

Cara-cara isi Borang kerja dengan betul

Assalamualaikum..Seperti mana kita tahu cara-cara isi borang kerja memainkan peranan besar untuk mendapatkan kerja.Dibawah adalah salah satu contoh serta cara yang baik untuk mengisi borang kerja anda.


Name: Ah Boy
Age: Still young
Sex: Never. Still under age
Religion: I only have experience praying my cat who dead 2 years before
Race: I love to race, how you know?
Nationality: I don't like National, I prefer Sanyo
IC Number: 6735
Telephone number: House no telephone
Hand phone number: 3310
Address: Penang Jelutong
City : Nor Haliza?
Postcode: I never post anything
State: In my family, I am 2nd
Country: I love to travel to Canada
Marriage status: Secret
Email Address: Hotmail
Education Background: My teacher said not bad
Working experience: Last time got sell pirated VCD
Father's name: Daddy
Father's IC: You ask him
Mother's name: Mummy
Mother's IC: You ask her
Current Salary: Depends on my daddy mood
Expected Salary: As much as you can pay
When can start work: Depends on my mood
Highest qualification: Ya, very high
Grade: Ya, very high
College/University: College
Signature: Can I use chop?

Semoga anda memahami dan juga mendapat kerja yang baru.. Hehehe..

Read More..

Jumaat, 20 Mei 2011

KeJa Sendiri @ KeJa TeTaP (1)

Assalamualaikum..apa khabar kawan-kawan. :-).. Ampa dah tahu kan macam mana keja capkang..?? teruk kan..walaupun pun cerita tue tak habis ampa mesti terbayang betapa teruknya keja capkang...hehe.. Selepas keja capkang aku penah keja shell kemudian aku keja tanam rumput padang bola kat istana pastue keja cuci lantai kat makamah 'jalan suka menanti'..Banyak lagi keja yang aku buat tapi yang nie je sedang bermain kat kepala..Kira nie la antara keja-keja yang aku buat sambil isi borang sambung lajar time tue..Arie nie aku nak kongsi pengalaman keja sebagai pencuci lantai di Makamah 'jalan suka menanti alor setar'.Masa tue makamah hampir siap dibina,jadi tugas kami membersihkan lantai tue sampai bersih..Nampak cam senang jer kan keja nie..??
  Oke aku teruskan cerita,, Diwaktu arie pertama bekerja aku tak ada masalah sangat,yela mop lantai je..Kalau letih, aku mop lantai sambil sebut duit.duitt ,,duitttt,,duit,,duitt,,dalam atie pun menyebut
duit.duitt ,,duitttt,,duit,,duitt,,sehingga atie kecil pun menyebut duit.duitt ,,duitttt,,duit,,duitt,, di fikiran aku set kan background beratus-ratus duit RM50 terbang mai kat aku...hahaha.. jadi tak ada masalah sangat bagi aku untuk bekerja..
  Dah siap cuci lantai bos arahkan kami cuci di bilik perbicaraan..Keadaan bilik tue gelap,Mungkin sebab tirai dia hitam aku rasa..Pendapat ampa tak tau la mungkin bilik tue kelam oleh kerana lantainya yang bewarna hijau atau sebagainya..itu terpulang pada pendapat masing-masing..Di teruskan cerita aku pun mencuci dan terus mencuci manakala member-member aku mencuci di bahagian masing-masing,,Tapi yang anehnya aku mencuci bahagian yang sama walaupun aku telah mencuci dengan bersih,,Bila dah siap je nak cuci tempat lain pusing-pusing tempat yang sama jugak aku cuci..Heran kan..??? aku pun heran jugak time tue.. Balik rumah aku demam seminggu,,hehehe..
   Lepas demam terus aku pergi keja,arie tue bos arahkan mencuci di bahagian 'tahanan' . Bahagian nie untuk kurungan sementara orang yang didakwa kalau tak silap aku..Bilik nie pun gelap jugak tapi tak la seram,,cuma seriau sikit je tengok bilik berpagar tue..Nak dijadikan cerita aku terpijak sesuatu benda..Ia seperti ketulan tapi lembut.. aku tengok dari dekat.. Alangkah terkejutnyaaaa... tengok gambar dibawah...


Gambar hiasan (Bayangkan taik manusia)
taikkk manusia yang aku pijak..Siap meleleh lagi kat kasut..ieeeeeeeeeee.. hahahaha.. bila disuluh dalam bilik tue setiap penjuru ada taik,Mana aku tau dalam bilik tue ada taik manusia jadi tak suluh la sebelum aku cuci..

Apa yang aku fikir time tue hanya nak sambung lajar je..
Tapi result aku tak o.k..hmmm.. Read More..

Sabtu, 14 Mei 2011

KeJa Sendiri @ KeJa TeTaP

   Pening pikir sal keja.. Minta keja sana isi borang sini masih tak dapat keja.. Kawan-kawan aku SPM je tapi keja punya la hebat.. Heran juga aku.. Pape pun kita kena pikir positif sebab tue rezeki diorang..Betoi tak..??
ada sorang member cakap kata aku memilih keja..Bukan memilih dah tempat keja tue tak ada surau tak ada ruangan khas untuk solat takkan nak keja situ kotttt!!! agak-agak ar kan..??? lepas tue diorang cakap lak tue bukan alasan tak keja kat mana-mana pun boleh solat..Hmm senang je diorang cakap kan.??? memang kat mana-mana boleh solat tapi lagi bagus kalau ada tempat khas bersolat untuk pekerja..takla terkejar sana sini time rehat.Barulah rehat boleh digunakan sebaik-baiknya..hehe.

Lepas SPM sementara tunggu result aku penah jadi capkang..
lebih kurang macam kat bawah nie la keja dia:
Gambar Hiasan

 Keja capkang level dia paling bawah di tempat pembinaan mana-mana pekerja boleh pangil kita untuk membantu diorang termasuk orang indon..Sedih gila aku time tue..

 Selang seminggu lepas tue:


Gambar Hiasan
 Korang tengok gambar kat atas kemudian bayangkan dalam seminggu aku boleh jadi macam tue (atas tue gambar hiasan bukan aku..hehe),, Memang teruk keja capkang.. Memang kalau boleh aku taknak dah keja capkang nie.. Patut la time tue orang pangil aku muka capkang..hehhee


Read More..

Sabtu, 7 Mei 2011

Mohamad "saja"

 Salam semua.. :-) .. x buleh tido la pula pagi-pagi buta nie... puas bergolek kiri kanan atas katil bermacam gaya yang aku buat tetap x buleh tido.Org mcm aku nie memg susah nak tido atas katil. kalau atas toto senang la pula aku tido..letak kepala dalam 2 3 minit terus terlena..hak3. disebabkan toto kesayangan aku di kedai dobi terpaksalah aku memaksa diri aku nie tido atas katil..hahaha.. Oleh kerana dah pelbagai altenatif yg aku guna tapi masih tetap x buleh tido aku amik keputusan yang amat drastik untuk menulis apa yg ampa semua akan baca nie..hehhee..

             Pada 08/08/1988 tepat pukul 8 di bilik hospital no 8 dan di katil yang tertera no 8 lahirlah  baby yang putih gebu (berdasarkan apa yang dicakap mak dia).. lepas baby yang putih gebu tue dipotong tali pusat , diazan dan sebagainya dibuat kepada beliau maka ada satu masalah tentang meletakkan nama kepada baby nie.. hah masalah.??? yela mak dia sangka baby popuan tapi lahir baby lelaki..baju baby popuan dah beli nak x nak baby tue kena pakai. walau macam mana pun mak dia tetap bersyukur kerana baby tue tetap baby.. Ntah pape yang aku melalot nie..haha..



                             *******************************************
  Selang sejam kemudian Mak baby nie pun meletakan nama kepada baby nie.. kepada muhamad..
Maka selepas beberapa arie si mak baby nie pergi ke pejabat pendaftaran untuk membuat surat beranak.(Mak dia pergi sorang-sorang ).

Situasi: Keadaan lengang..
Tempat: Pejabat pendaftaran Negara

Mak Baby : Cik saya nak buat surat beranak untuk anak saya..(Suara Yg agak lemah)
Orang Pendaftaran : (Muka senyum terpaksa) Oke .. Nama anak Puan..??
Mak Baby : Muhamad ..  baru dua arie dia lahir 08/08/1988 katil no 8 blik no 8.

Disebabkan zaman tue xramai yang pandai baca rumi maka mak baby nie serahkan kepada pekerja tue 100% untuk isiborang tue.

Orang Pendaftaran :Muhamad apa puan..??
Mak Baby : muhamad saja cik.. (sambil memandang bayi)
Orang Pendaftaran : btoi ke "muhamad saja" puan..? (kehairanan)
Mak Baby : ye cik "muhamad" Saja.. (tersenyum)
Orang Pendaftaran : Bin..? (Buat muka Pahit)
Mak Baby: Mustafar.. *Bukan nama Sebenar.
Orang Pendaftaran : oke puan..surat beranak puan kami akan pos  dalam masa seminggu..
Mak Baby: terima kasih cik.
Orang Pendaftaran :Sama-sama.
Tidak sampai seminggu surat beranak baby tuee pun sampai.. Si ibu memuji pekerja itu kerana cepat melakukan kerja. Namun sebaik Saja membuka sampul mak baby tue mula memaki hamun pekerja itu.
 fakkkkkkkkkkkkkkkk!!! "kata siibu.

Kerana yang tertera di surat beranak tue Nama si baby = "Muhamad Saja" bin Mustafar  
                            
                                                                     **********


 Oke la nak tido dulu.. Sowry kalu terlebeh merapu .. :-) .. Layan dulu video nie.. Muhamad saja ada di dalam nie. Ampa cri sendiri la yang mana satu.. Video nie bukan aku yang buat..kalau ada bahasa yang kurang enak harap diabaikan.. :-) Read More..

Rabu, 23 Mac 2011

Sajak “MELAYU” oleh Usman Awang

 Sajak “MELAYU” oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu,
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu,
Mamak dan Malbari serap ke Melayu,
Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
 
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

 Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing



Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:


 “Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.
Read More..

Selasa, 1 Februari 2011

Kepada orang yang telah dicurangi!!!


Jika berlaku sebarang masalah dalam perhubungan seperti kehadiran orang ketiga, kesalahan sering diletakkan di atas bahu pasangan kerana sanggup menduakan anda. Sedangkan, anda sudah memberikan yang terbaik dalam perhubungan.

Ungkapan seperti 'apa salah saya', 'tidak cukupkah selama ini' dan 'apa yang kau mahu lagi,' sering dilontarkan ketika berlaku perbalahan dalam perhubungan suami isteri atau pasangan kekasih.

Namun, sedarkah anda bahawa sebahagian punca berlakunya kecurangan itu datang daripada diri anda sendiri. Kebiasaannya, pasangan pula tidak mampu untuk berterus-terang.

Hakikatnya, apabila timbul masalah seperti pasangan curang, anda tidak perlu memberontak. Sebaliknya, cuba atasi perasaan dan selesaikannya dengan cara terbaik. Tindakan mencaci dan memaki pasangan akan menambahkan lagi kekusutan perhubungan.

Ini adalah beberapa tip untuk berhadapan dengan masalah pasangan yang curang.

1-Terima dengan tenang: Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.

2-Cuba berbincang: Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.

3-Bermuhasabah diri: Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan. Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi. Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.

4-Dekatkan diri kepada Tuhan: Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan. Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati. Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.

5-Cari teman untuk berkongsi masalah: Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan. Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.

6-Kenali kekurangan diri: Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor. Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang. Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.

7-Cuba perbaiki diri: Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga.

8-Tumpukan perhatian terhadap keluarga: Mungkin anda mengabaikan keluarga dan pasangan. Sebab itulah, mereka mencari kebahagiaan di luar. Luangkan masa hujung minggu dengan sebaiknya seperti melakukan aktiviti riadah atau makan malam bersama. Libatkan seluruh keluarga dalam proses tersebut.

9-Lakukan aktiviti: Apabila terlalu runsing, ramai yang memilih untuk menyendiri. Sebaiknya, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda terlupa seketika masalah yang dihadapi. Bagus juga jika anda dapat meluangkan sedikit masa di pusat kecantikan atau spa untuk menghilangkan tekanan.

10-Dapatkan nasihat pakar: Jika masalah berpanjangan dan penceraian mungkin berlaku, dapatkan nasihat pakar dan ajak pasangan menghadiri sesi kaunseling. Demi kebaikan keluarga, berdamai adalah jalan terbaik untuk dilakukan.
Read More..

Isnin, 31 Januari 2011

Kembalikan (2)

Sambungan- Telefonku yg sudah dua 3 arie tidak dipegang berbunyi.. Perhhh memang x ku sangka sidia menelefonku.. Dalam hati berkata "sayang juga dia dengan aku" hehehe.. Wah syazirah call..!!! pe lagi bergayut la aku malam 2 aku dengan dia,Maklum la dah lama x bercakap.. ( Syazirah adalah kekasih Kepada Shahrulizam yang dalam cerita nie dan juga kisah benar Dari kawan aku.) o.k aku sambung ketika bercakap 2 tersentak pula hatiku ini ingin bertanya kenapa buat aku begini geram juga aku bila memikirkan hal itu..tapi bila aku bertanya jer nada suaranya semakin tinggi,aku membiarkan je tapi aku bertanya kerana hendakan kepastian mengenai status aku pada dirinya..hehehe Bila dia cakap je masih sayang padaku hatiku terasa lembut kembali,kebencianku padanya sudah semakin pudar..Lagipun bagiku mungkin dia sibuk belajar serta tekanan final exam, Biasala student kan. ;-).

   Besoknya.. Aku kembali ceria.. dengan kawanku dan semua,yela hubungan dah o.k katakan x la berlakon ceria macam selalu tapi dalam hati tiada siapa yg tahu.. lagipun aku seorang yg positif..Tidak terlalu sangat aku syak bukan-bukan dengan dia..Tapi maklumla dia belajar di tempat orang sekali sekala aku tanya la khabarnya, Kalaulah dia ada masalah boleh la aku bantu semampu yg mungkin,Yela jika dulu dalam sejam aku tidak membalas mesejnya riuh rendah dibuatnya.. Dalam fikiranku perlu juga aku bersifat curiga tapi dalam keadaan yg positif la hehe.. Mesti ada sesuatu yg tidak kena jika perubahannya mendadak kan.. aku juga ada menegur akan sikapnya jika keterlaluan' yela dia bakal pendidik dan juga bakal ustazah tidak eloklah jika terjadi bukan-bukan nanti maklumlah sebelum nie dia dikongkong keluarga dan tidak pernah bebas jika sekali bebas si buaya-buaya pantas dapat mengesan dari segi tingkah lakunya hehe. tapi semua itu atas pada dirinya pada waktu itu..Aku just kawal dari jauh je..

'Sebelum Berlakunya Persengketaan'
   Malam besoknya aku bertolak ke tempat pengajianku, sampai je disana pe lagi terus buka laptop la.. nak chating dengan syazirah nie punya pasal.. waktu 2 facebook x meletup lagi aku layan "tagged" dengan yahoo mesenger je dekat "tagged" la aku kenal dengan si syazirah nie.. jika ada jiran-jiran on kan wireles boleh la main "ceme".. hehehe.. di rumah sewa aku 2 dah macam cyber cafe dah..=). Macam biasa la sebelum hubungan aku renggang dengan syazirah nie  sambil chating sempat lagi main mesej dengan aku..hehe pada mulanya aku just nak kawan-kawan je dengan dia nie tapi apabila dia merayu kesian pula aku kalu menolaknya lagipun aku solo lagi..hahaha..Bila dipikirkan balik dari apa yg dia cerita pada aku sal expakwe dia and family yg suka membomohkan org 2,baik aku bersama syazirah nie dari dia dibomohkan.Selepas itu bermula kisah hidup kami di alam percintaan.. padahal takut juga aku ,,yela x penah bercinta tiba-tiba bercinta.hahaha

~bersambung~ jangan bandingkan tulisan aku dengan novel or cerpen coz memg x sama aku rasa sebab aku x penah baca novel.. :-) Cerita yg aku tulis berdasarkan cerita sebenar dari kawan aku jer.. ;-) Read More..