mY Frenz

Isnin, 30 Mei 2011

Kawan lupa kawan

Tak ramai kawan-kawan yang sangup kongsi masalah bersama apabila kita dalam kesusahan,tapi kita akan dapat ramai kawan apabila kita senang.Apabila kita dalam kesusahan ada-ada saja kerja yang mereka ada waktu tue,memang susah nak minta pertolongan.Kalau nak diikutkan taknak minta tolong dengan kawan-kawan.Tapi bila fikir kita selalu tolong apa salahnya kalau minta tolong kawan-kawan kejapkan. Antara alasan yang kawan-kawan kita selalu bagi apabila minta pertolongan seperti di bawah.. hehehe cewahh..:-)

  • Waktu tayar moto pancit atau sebagainya tengah-tengah malam-Depa (diaorang) selalu cakap Tak ada transport nak pi,dengan alasan moto rodtax habis,tayar pecah,moto atau kereta adik guna,minyak habis,dan ada yang tak jawab pangilan telefon walaupun kita tahu depa nie mata kawaq (berjaga malam),dan banyak lagi alasan yang depa nie bagi.tue salah satu tanda depa taknak tolong kita.

  • Waktu kita poket kering-Selalu kawan-kawan kita akan cakap duit takada,Nak guna duit banyak bulan nie,mak di kampung mintak duit,"aku pun tengah sesak nie", tue antara sebahagian jawapan-jawapan yang depa taknak bantu walaupun sebelum nie kita tolong kawan kita yang tengah sesak nie.Depa sangup tengok kita ikat perut berhari-hari, tapi kita mungkin takkan sangup tengok depa ikat perut sampai tak makan berhari-hari.

  • Bila nak pinjam kereta-Walaupun kita ada kereta sendiri tapi kadang-kadang mungkin rodtax terlambat bayar jadi kita pun nak pinjam kereta kat kawan-kawan kita kadang-kadang mungkin menghantar adik ke tempat pengajian atau sebagainya,antara alasan yang kawan kita bagi antaranya : Kereta aku problem,Tak bagitau awal-awal adik aku nak pakai,kereta aku tak boleh jalan jauh,Tayar dah botak,kereta aku 3 bulan tak bayar takut kena tarik.

  • Bila nak minta tolong hantar resume-Mungkin tempat kerja dengan rumah kita jauh yang mengambil masa berjam untuk sampai, jadi kita minta tolong kawan hantarkan resume alang-alang dia kerja disitu, antara alasan yang depa taknak tolong :Takpa bawak mai ar resume hang (bercakap mata pandang lain dengan nada tinggi),Aku dengan bos aku tak berapa ngam,mana ada masa nak hantaq,Tempat aku dah penuh,Tempat aku tak amik budak fresh,dan banyak lagi ayat-ayat yang depa taknak tolong kita dengan iklas.

Ada banyak lagi jenis yang kawan lupa kawan..Walaupun kita pernah tolong depa sekali,2,3 atau seribu kali pun belum tentu depa akan menolong kita apabila kita susah.Time mintak tolong mulut manis semacam jer ,..Tapi tak semua kawan-kawan kita macam tue betul kan..:-).Oke setakat ini dahulu.. :-)
.
Comments
0 Comments
    
    

0 ulasan: