mY Frenz

Rabu, 25 Mei 2011

Dari mana datangnya bau taik kucing itu



Ceritanya bermula di sebuah sekolah rendah di utara Negara kita.Tempat dan nama sekolah itu  perlu dirasiakan bagi mengelakkan aib kepada sekolah  dan juga kepada  si mangsa kejadian.Cukuplah saya katakan sebuah sekolah di utara Negara kita.Seperti biasa waktu persekolahan bermula jam 7.45am maka semua pelajar pun menuju ke kelas masing-masing,Tepat jam 8.00am para guru pun masuk ke kelas.

 Diteruskan cerita atau senang cerita para guru sibuk mengajar dan para murid-muridnya tekun mendengar serta mencatit apa yang diajar si guru .Dalam keadaan yang sunyi sepi itu tiba-tiba muncul suara yang berbunyi seperti ini ‘issshkk bau taik kucing arr’, Keadaan yang tadinya sunyi kini menjadi riuh rendah,masing melihat dibawah meja takut-takut taik kucing itu berada di bawah meja,Tidak cukup dengan itu ada yang melihat pakaian masing-masing dan ada juga yang melihat di bawah tapak kasut serta ada yang mencari dari mana datangnya bau itu,termasuk mengesan di koridor serta kaki lima bilik darjah.





Kucing aku sebagai gambar hiasan

    Puas mereka cari tapi tidak diketemui,Lalu dengan serentak murid-murid ini memandang kearah guru mereka,.Dalam keadaan yang penuh syak wasangka dan curiga,   murid yang tadinya mengeluh bau taik kini mengeluh lagi,disuruhnya guru itu memeriksa pakaian. “cikgu chek baju cikgu tengok”dalam ‘loghat utara’,Berkata tanpa segan silu.  Eloklah aku letakkan namanya sebagai ‘Mat’bukan nama sebenar.
  Guru yang tadinya diam memerhatikan pelajarnya  mula membelek-belek kasut serta pakaiannya termasuklah di bawah meja .Mana tahu kalau-kalau bau taik itu datangnya dari beliau ini.Namun Sangkaan Murid ini atau lebih dikenali sebagai mat meleset sama sekali. Tiada Taik dari guru itu.. Namun Bau nya semakin lama semakin kuat.. Ada murid-murid lain keluar dari kelas kerana tidak tahan dengan bau itu.


 Disebabkan itu maka si guru ini pun membuat keputusan drastik belajar di kantin agar pembelajaran tidak tergangu.Di kantin ada beberapa kelas sedang membuat raptai dalam erti kata lain memang ramai orang.Maka tak terajar lah murid-murid ini.Dalam keramaian murid-murid itu ada suara berbunyi “bau taik kucing mai dari mana nie..??”berkata murid itu dengan penuh tanda tanya.Terdengar kata-kata itu si Mat pun menyampuk dengan berkata “La bau lagi..Nie mesti bawa taik kucing dari rumah”katanya dalam nada keras.
Selepas kata-kata itu sekali lagi semua pelajar melihat pakaian masing-masing,kali ini mereka perhati betul-betul pakaian,kasut serta keadaan di sekitar mereka.Tidak cukup dengan itu pelajar-pelajar yang membuat raptai tadi termasuk guru mereka juga membuat pemeriksaan rapi terhadap pakaian masing.(Bayangkan  sekejap  suasana ketika itu..).Namun masih tidak diketemui di mana datangnya bau dan dimana datangnya taik kucing itu.


Kucing aku sebagai gambar hiasan




Manakala si mat  asyik mengubah tempat duduk,setiap kali dia mengubah tempat, mulutnya terkebil-kebil seperti mengatakan sesuatu,Tiada siapa tahu apa yang diperkatakannya mungkin tidak senang dengan bau itu.Tidak lama selepas itu   ada seorang wanita yang juga sekelas dengan si mat memanggil.. “Matt..mattt.. mai cini.. kat cini tak bau”.Tanpa berlengah mat bergegas pergi duduk di situ,Mereka duduk bersebelahan dikelilingi rakan yang lain.Berselang 5 minit kemudian mulut si mat berkebil-kebil lagi. “hang cakap pa tue mat”Kata wanita tadi. “bau lagi la we” balas mat. “we mat kat seluaq hang tue apa we” Tanya wanita  itu.
Mat pun memeriksa seluar serta memerhatikan satu cebisan lembik di seluarnya yang sebelum ini dia tidak perasan tentang kewujudan cebisan itu.
Bila diperhatikan dari jarak dekat serta mencium baunya baru mat sedar yang bau taik kucing ini sebenarnya datang darinya.Terkejut dengan itu mat cuba mengubah tempat ,dalam keadaan tergesa-gesa kaki mat tersentuh pakaian  wanita tadi lalu terkena cebisan taik itu.Riuh rendah apabila wanita itu menyedari bahawa cebisan di pakaian mat tadi adalah taik(bayangkan sendiri keadaannya).Punca datangnya bau dan taik itu pun terungkai .Kerana malu mat tidak hadir ke sekolah selama seminggu  selepas kejadian itu..sekian.. :-)  
 
*time aku tulis cerita nie tadi da petani tomyam kedai sebelah mai tengok.pastue tersengeh sorang-sorang.heran betoi.
Comments
4 Comments
    
    

4 ulasan:

Liyana Zahim berkata...

Pehh mat.. Sian kat mat tak g skulah sminggu.. Hahahah.. Smpai p kantin blajo tu xley blah.. Wakakaka..

BLoG iKuT "DaN" berkata...

hehehe nie kisah benar nie..

czueka zulaikha berkata...

adoii matt awat ang ta sedaq ka ??
huhu kim salam kat mat :P

BLoG iKuT "DaN" berkata...

mat x sedaq rasanya.. oke satg zam kirim salam kat mat..hehehe.. :-)